Gak ada versi bahsa indonesianya nih om? gila.. susah juga bahsa melayu... apa bahasa gado2? kekekek...
--- In [email protected], "Ari Muladi" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > > Mungkin perlu diterapkan di Indonesia juga, larangan pemain import di > Liga. > > > Ada sokong, ada menentang > > > Oleh ABD. HAFIZ AHMAD > > KUALA LUMPUR - Keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) > menghentikan penggunaan khidmat pemain import dalam Liga Malaysia mulai > musim depan mendapat reaksi berbeza daripada beberapa jurulatih dan > pengurus tempatan sehingga ada segelintir daripada mereka kurang senang > dengan langkah drastik itu. > > Jurulatih negara, B. Sathianathan menyifatkan arahan itu sebagai satu > langkah yang baik memandangkan ia telah membuka semula peluang untuk > pemain tempatan khususnya penyerang membuktikan kemampuan sebenar. > > "Taraf pemain import sekarang pun kecuali beberapa orang, tiada bezanya > dengan pemain tempatan. Jadi jika mereka tiada, semua pasukan akan > kembali berharapkan pemain tempatan dan keupayaan dan kemantapan skuad > negara hanya boleh diukur menerusi pengalaman dan kekerapan bermain > dalam liga. > > "Kebanyakan pasukan memang gemar mengambil penyerang import dan > tempatnya dalam kesebelasan utama sudah tetap kecuali jika ada > kecederaan atau digantung. > > "Saya fikir masanya (larangan pemain import) memang tepat sekali. > Mengambil mereka memerlukan kos yang besar tetapi jika timbul masalah > gaji pemain banyak pasukan tidak berbayar, mengapa perlu lagi > diteruskan? Lebih baik kita berjimat cermat," katanya. > > Sathianathan yang cukup terasa dengan ketandusan pengalaman pemain > negara gara-gara kurang beraksi dalam perlawanan liga ketika menentang > Chelsea Selasa lalu, mengulas mengenai keputusan Majlis FAM untuk > menolak semula khidmat pemain import seperti yang dilakukan pada 1999 > hingga 2001. > > Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin mendedahkan betapa kemunculan > pemain import dalam Liga Malaysia masih gagal menyumbangkan sesuatu yang > membina kepada kemajuan bola sepak negara apatah lagi tidak mencapai > tahap yang sepatutnya dan tiada daya tarikan penonton untuk menghadiri > stadium. > > Dalam pada itu, jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah yang bakal > kehilangan penjaring terbanyak liga, Marlon Alex James, Nelson Sam > Martin dan Cornelius Bernard Huggings berkata: "Ia satu keputusan yang > berat hati untuk diterima tetapi sebaliknya, ia memberikan ruang kepada > semua negeri dan kelab mengerah bakat dan kemampuan sebenar pemain > tempatan mereka khususnya belia. > > "Mutu persaingan liga kita masih boleh meningkat sekalipun tanpa tonggak > import dan mungkin inilah peluangnya untuk pemain tempatan mencapai > kematangan dengan lebih pendedahan perlawanan," katanya. > > Ramlan Rashid yang mengemudi Johor FC mara ke suku akhir Piala Malaysia > daripada Kumpulan B, berkata: "Ada atau tidak pemain import pun bukan > faktor utama kehadiran ramai penonton ke stadium. Selagi sesebuah > pasukan itu yang tidak berjaya dalam sebarang pertandingan, pemain > import mana pun tidak akan membantu. Ini memang budaya bola sepak kita." > > Keputusan FAM bagaimanapun kurang disenangi pengurus pasukan Selangor, > Zakaria Ab. Rahim yang mendakwa telah menentangnya sejak sesi > percambahan fikiran beberapa minggu terdahulu dengan menawarkan sedikit > kelonggaran berhubung khidmat import. > > "Ketika itu saya dengan Dollah Salleh (jurulatih Selangor) menyarankan > supaya pasukan yang mempunyai kemampuan kewangan, bebas untuk mengambil > pemain import kerana saya tidak nampak, kehadiran mereka boleh > menimbulkan persaingan yang tidak adil kepada pasukan lain tanpa > import," katanya. > > Sementara itu, jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim yang mengambil > alih pasukan pada pertengahan musim liga daripada Abdul Rahman Ibrahim > pula mempertikaikan ketepatan masa bagi FAM mengumumkan larangan itu > sedangkan Piala Malaysia hanya akan berakhir bulan ini dengan turut > melibatkan ramai lagi pemain import. > > "Tumpuan dan prestasi pemain import saya pun agak terjejas. Mengapa > langkah ini diumumkan terlalu awal? Piala Malaysia pun baru mahu nak > masuk suku akhir dan khidmat mereka mungkin masih digunakan lagi dalam > lima perlawanan termasuk sekiranya dua ke perlawanan akhir (23 Ogos)," > katanya yang pernah menjadi jurulatih import Liga Indonesia di Persipura > Jayapura. > > > > > > [Non-text portions of this message have been removed] >
