----- Original Message ----- 
From: "omar" <[email protected]>
To: <[email protected]>
Sent: Tuesday, April 07, 2009 3:05 PM
Subject: Re: [BolaML] Re: Bolivia 6-1 Argentina

===========================

kandungannya "kokain"nya kecil banget bro kalo cuma secangkir misalnya. 
produk teh koka yg dijual bebas itu juga kalo gak salah udah sesuai dgn 
ambang batas minimal yg ditetapkan DEA.

baca ini juga brur:
http://en.wikipedia.org/wiki/Coca_leaves

disini kayaknya ada ahli zat-zat begini nih, anak buahnya mantan bos 
gue...:)

-omar-

[J]
Wakakaka.. Bro Omar :p

http://www.scribd.com/doc/12445553/napza

Kokain di Bolivia kasusnya sama ajah dengan ganja di Indonesia (Aceh)

KOKA DAN KOKAIN

Koka ialah sejenis tumbuhan yang kebanyakannya ditanam di Afrika, Amerika 
Utara, Amerika Selatan, Asia Tenggara dan Taiwan. Nama sains bagi pokok Koka 
ialah Erythroxylum coca. Pokok Koka ini mempunyai ketinggian 2.4m atau 8 
kaki. Rantingrantingnya lurus,daunnya berwarna hijau muda, nipis ,legap dan 
berbentuk bujur. Selain itu, didapati sedikit runcing pada bahagian hujung 
daunnya. Ciri-

ciri yang ketara bagi pokok Koka ialah bahagian areolanya dibatasi oleh dua 
longitud garisan melengkung, iaitu pada setiap permukaan tulang daun. 
Garisan melengkung ini kelihatan menonjol terutamanya di bawah permukaan 
daun. Bunga pokok Koka adalah kecil dan tumbuh dalam rumpuan kecil di 
bahagian tangkainya yang pendek. Korala bunga koka terdiri daripada lima 
ranggi yang berwarna putih kekuningan. Anternya berbentuk hati dan pistilnya 
mengandungi tiga karpel yang bersatu membentuk ovali tiga-kebuk. Bunga koka 
akan menjadi beri merah bila mencapai kematangan.

Tumbuhan ini hidup baik dengan sempurnanya dalam keadaan yang panas dan 
lembap seperti cerang hutan. Daun-daun pokok koka yang paling digemari 
adalah daun yang diperolehi dari pokok yang tumbuh di kawasan kering di sisi 
bukit. Apabila tangkai daun koka boleh dibengkokkan, maka ia dianggap sesuai 
untuk dipetik. Daun-daun hijau (matu) yang dipetik itu akan ditaburkan di 
atas satu lapisan yang nipis dan kemudian dikeringkan di bawah cahaya 
matahari. Seterusnya, daun-daun tersebut akan dibungkuskan ke dalam 
gini-guni supaya kualiti daun-daun tersebut dapat dijamin. Oleh itu, 
daun-daun yang dibungkus tersebut dikehendaki simpan pada tempat yang 
kering.

Spesimen daun koka yang berlainan mempunyai komposisi yang berlainan. 
Kelainan komposisi spesimen daun-daun koka ini adalah sangat tidak 
konsisiten. Sampel-sampel yang baik mempunyai bau teh yang tajam. Apabila 
daun-daun tersebut dikunyah, ia akan menghasilkan rasa yang hangat dalam 
mulut dan rasa yang pedas dan menyenangkan. Kokain merupakan alkaloid yang 
terpenting bagi koka. Selain itu, duan-daun koka juga boleh menghasilkan 
pelbagai alkaloid yang lain. Apakah itu Kokain?

Kokain adalah satu alkaloid berhablur yang berwarna putih. Ia diperolehi 
daripada daun-daun tumbuhan koka, iaitu sejenis pokok rimbun yang biasanya 
dijumpai tumbuh liar di Peru, Bolivia, Ecuador

dan juga ditanam di kebanyakan negara lain. Formula kimia kokain ialah 
C17H21NO4. Kokain bertindak sebagai anestetik kerana ia boleh mengganggu 
pengkonduksian impuls-impuls dalam sistem saraf, terutamanya dalam 
membran-membran mukos mata, hidung dan kerongkong. Tetapi, yang terpenting 
sekali ialah apabila kokain diinges dalam jumlah yang sedikit, ia akan 
mengakibatkan perasaan kesejahteraan dan euforia, bersama dengan kurang rasa 
selera makan, melegakan diri daripada kelesuan dan berbangkitnya kecerdasan 
mental. Apabila kokain diambil dalam jumlah yang banyak dan berlanjutan atau 
diambil berulang-kali, kokain akan mengakibatkan kemurungan, kekhuatiran, 
cepat marah, gangguan tidur, kelesuan yang teruk, kekeliruan mental, 
penyakit saraf dan terkejang-kejang yang boleh membawa kepada kematian.

Latar Belakang Kokain Sejak berabad lagi, masyarakat India dalam Peru dan 
Bolivia telah tahu menyunyah daun-daun koka ini bercampur dengan until-until 
batu kapur dan abu-abu tumbuhan untuk menyenangkan perasaan mereka atau 
untuk menahan daripada keadaan kerja yang berat, lapar dan dahaga. Dalam 
masyarakat Andes pula, daun-daun koka ini dijual secara terbuka di pasaran. 
Daun koka ini digunakan oleh mereka sebagai teh untuk menghilangkan 
kepenatan dan kelaparan, karena daun koka mengandungi nutrien. Selain itu, 
daun koka ini juga mempunyai fungsi yang boleh menyembuhkan sakit gigi dan 
penyakit osteoporosis yang biasanya berlaku pada orang-orang tua. Ini adalah 
kerana daun koka mengandungi kalsium yang tinggi. Bagi budaya masyarakat 
yang lain, alkaloid yang aktif ini diekstrak secara kimia dari daun koka dan 
ditukar menjadi hidroklorik garam kokain, iaitu kokain hidroklorida. 
Kemudian serbuk putih ini disenguk melalui tiub geronggang dan ia bersedia 
menyerap masuk dalam saluran darah melalui membran mukos hidung.

Kokain adalah bahan perengsa dan ia boleh bertindak untuk menyempitkan 
saluran darah, mengakibatkan hidung berair dengan teruknya atau berlaku 
pengulseran dalam rongga hidung. Kesan

euforia selepas kokain disenguk boleh dikatakan hanya buat sementara waktu 
sahaja dan kesan ini akan hilang selepas lebih kurang 30 minit. Kokain boleh 
mendatangkan ketagihan kepada penagihnya dan mungkin juga ketagihan fizikal. 
Kokain juga boleh disuntik dalam bentuk larutan atau dihisap dalam bentuk 
yang telah melalui proses kimia yang dikenali sebagai freebase. Mana-mana 
satu cara pengambilan kokain yang disebut tadi, dengan ketaranya boleh 
mendorong kepada nafsu yang kuat.

Dalam tahun 1980-an, sejenis sediaan kokain yang baru telah muncul dan 
dikenali sebagai crack. Penghisapan crack akan menghasilkan keadaan euforia 
yang teramat sangat dan buat sementara waktu. Di samping itu, crack juga 
boleh mengakibatkan ketagihan. Penggunaan kokain dalam bentuk crack 
merupakan salah satu perkara yang boleh menjejaskan kesihatan badan. Selain 
itu, bentuk lain yang boleh dihisap ialah gam kokain. Ia adalah sangat 
narkotik. Gam kokain dihasilkan dalam peringkat pertengahan semasa daun-daun 
koka diproses menjadi kokain. Penggunaan kokain secara berlanjutan atau 
kompulsi dalam bentuk yang ditulenkan boleh mengakibatkan gangguan tidur, 
kehilangan selera makan, psikosis toksik iaitu delusi penyakit jiwa dan 
khayalan gangguan sentuhan akan berlaku. Penagih yang mengalami gangguan ini 
akan berasa bahawa terdapat seranggaserangga merangkak di bawah kulitnya.

Dampak Langsung Kokain Kebanyakan pengguna akan mengalami kesan-kesan 
berikut secara sementara selepas pengambilan kokain. -Kebangkitan fisiologi 
badan (termasuk peningkatan suhu badan dan kadar jantung) -Kegirangan 
(exhilaration) -Kekhuatiran -Perasaan yang menyenangkan

-Rasa lapar dikurangkan -Panik -Gangguan konsentrasi -Tidak rasa letih dan 
kurang sensitif terhadap kesakitan -Peningkatan kebolehan mental dan 
kekuatan fizikal -Pupil berkembang luas -Membangkitkan nafsu 
berahi -Kelakuan luar jangka / keras Semasa kokain dihisap ke dalam badan 
seseorang, kesan-kesan akan timbul sehingga kemuncak selama 15 - 30 minit 
dan kemudian akan menyusut kesannya.

Kesan Pengambilan Dosis yang Tinggi Pengambilan kokain dalam dosis yang 
tinggi akan membawa kesan yang serta-merta selepas masa satu jam seperti 
dibawah: -Kebimbangan yang teramat 
sangat -Kekhuatiran -Paranoia -Halusinasi -Pening kepala -Meloya dan 
muntah -Gegaran seluruh badan -Kekerasan yang luar jangka / kelakuan yang 
agresif -Kehilangan daya penumpuan -Kehilangan koordinasi -Kehilangan minat 
dalam sex -Kehilangan daya motivasi dan keazaman

-Sakit dan lemah jantung

Kelebihan Dosis dan Kematian Jumlah kokain yang akan membawa kepada 
kelebihan dosis kepada seseorang akan berbeza dari seorang ke seorang yang 
lain. Pada umumnya, kesan yang dialami adalah sementara sahaja tetapi sangat 
hebat. Walaupun kes-kes seperti ini jarang berlaku, tetapi pernah ada kes 
yang dilapor atau dicatit bahawa ada juga kematian yang disebabkan oleh 
kelebihan dosis. Kelebihan dosis dalam penggunaan kokain akan mengakibatkan 
kesan seperti di bawah: -Serangan jantung yang tiba-tiba terhadap otak dan 
menyebabkan seseorang itu tidak dapat bergerak. -Serangan sakit 
jantung -Pertumpahan darah dalam otak -Kegagalan ginjal menjalani 
fungsinya -Strok dan -Getaran badan yang berlanjutan

Pegunaan dalam Jangka Panjang Penggunaan kokain yang kerap dan berjangka 
panjang akan menimbulkan kesan yang tidak menyenangkan. Keadaan ini biasanya 
berlaku pada pengguna kokain yang tidak meneruskan penggunaannya buat 
sementara waktu. Kebanyakan gejala di bawah ini akan kelihatan apabila 
dihenti penggunaan 
kokain. -Kekhuatiran -Meloya -Euforia -Insomnia -Kesusutan berat badan

-Psikosis -Paranoia -Kelesuan -Khayalan dan anhedonia

Bahaya kokain terhadap seseorang pengguna didapati berkaitan dengan cara 
pengambilannya. Ini termasuk: -Penyengukan yang berulangan boleh memusnahkan 
sel-sel yang melapisi hidung dan juga boleh memusnahkan struktur yang 
memisahkan lubang hidung. -Sesiapa yang mengambil kokain mempunyai risiko 
tinggi dijangkiti virus HIV, Hepatitis B dan C dan jangkitan yang lain, 
termasuk yang membawa kepada keracunan darah. -Kokain selalunya dicampur 
dengan bahan-bahan lain seperti glukos, bedak talkum, kanji dan bahan-bahan 
lain yang meracun apabila disuntik. Ini akan mengakibatkan keruntuhan 
vena-vena dan urat-urat darah, kebengkakan dan kerosakan jantung, hati dan 
otak. Ini adalah kerana pengguna tersebut tidak tahu ketulenan dan kekuatan 
yang sebenar dadah tersebut. Dengan itu, peluang kelebihan dosis dalam 
penggunaan dan kematian akan meningkat. -Jika disuntik ke dalam kulit, tidak 
kira secara sengaja atau secara insiden, kokain akan mengakibatkan 
penyempitan urat-urat dan juga boleh menghalang pengaliran darah ke 
tisu-tisu badan. Ini mungkin mengakibatkan kematian sel-sel badan. Kejadian 
ini boleh berlaku selepas satu saja suntikan kokain diambil.

Suntikan jangka panjang boleh membawa kepada: -Saluran darah akan tersumbat 
dengan bahan-bahan campuran yang boleh membawa kepada kerosakan yang besar 
terhadap organ-organ badan. -Keradangan saluran darah dan bengkak yang 
bernanah

Penarikan Diri daripada Penggunaan Kokain Gejala-gejala penarikan diri 
daripada penggunaan kokain berlaku apabila seseorang yang bergantung kepada 
dadah dipaksa berhenti daripada penggunaannya atau menghadkan jumlah 
penggunaan mereka dengan banyaknya. Secara umumnya, penarikan diri daripada 
penggunan kokain akan melalui tiga fasa seperti di bawah: 1. 'The cash' 
menjelaskan gejala yang dialami secara serta-merta setelah penggunaan dadah 
diberhentikan-biasanya dalam dua atau tiga hari yang pertama setelah 
menjauhi diri daripada kokain. Gejalagejalanya adalah seperti 
berikut: -Agitasi -Kemurungan -Keinginan yang teramat sangat terhadap 
dadah -Kelesuan

2. Fasa penarikan diri akan berakhir selepas sepuluh minggu dan 
gejala-gejalanya adalah seperti berikut: -Gangguan sistem saraf -Kekurangan 
tenaga -Kekhuatiran -Keinginan yang kuat -Kemarahan yang tiba-tiba

3. Fasa kelenyapan akan berakhir dengan tidak tentu waktunya dan 
gejala-gejala keinginan kuat terhadap kokain secara sekali-sekali, biasanya 
bertindak dengan kiu bersyarat. Keinginan yang kuat ini secara permukaannya 
akan berlanjutan selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun selepas 
berhentinya penggunaan kokain. Gejala-gejala yang kelihatan:

-Lemah dalam daya motivasi -Tidak dapat lagi merasa apa-apa perasaan yang 
tenang -Meloya atau muntah -Getaran anggota badan -Agitasi -Kesakitan 
otot-otot dan -Gangguan tidur

Kokain dan Kandungan Penyelidik mendapati bahawa penggunaan kokain 
mengandung akan membawa kepada kesan berikut: -Keguguran -Pelahiran 
pramatang -Kematian bayi sewaktu lahir semasa

Ini adalah kerana kokain menyebabkan saluran darah ibu mengandung menjadi 
kecut. Dengan itu, pembekalan darah dan oksigen kepada bayi akan 
berkurangan. Ini bermakna bayi tersebut akan mengalami tumbesaran yang 
perlahan sebelum dan selepas dilahirkan. Jika kokain diambil menghampiri 
dengan tarikh bersalin, bayi yang dilahirkan akan menunjukkan gejala-gejala 
hiperaktif dan agitasi. Gejala-gejala penarikan diri daripada kokain boleh 
didapati pada bayi yang ibunya kerap mengambil kokain. Gejala ini termasuk 
mengantuk dan responsif.

Kegunaan Moden Kokain

Kokain mempunyai nilainya yang tersendiri dalam kegunaan modern. Dalam 
industri pembuatan arak, gula-gula dan minuman ringan, kokain

memainkan peranan yang penting. Contohnya dalam pembuatan minuman 
coca-cola, kokain dicampurkan untuk menghasilkan perisanya yang istimewa. 
Selain itu, kokain juga merupakan perasa yang semula jadi di mana ia 
diekstrak daripada daun koka. Kokain yang bersifat anestetik ini diguna 
untuk membuat ubat bius. Ubat bius ini kemudian digunakan dalam bidang 
pembedahan dan prosedur dental untuk menahan kesakitan yang dialami oleh 
pesakit. Di samping itu, ia juga diberikan kepada pesakit yang mendapat 
kanser tenat.

Penyalahgunaan Kokain

Penyalahgunaan kokain sepanjang abad ke-20 tidak begitu diberi perhatian 
oleh masyarakat dunia, tetapi menjelang akhir abad ke-20, penyalahgunaan 
kokain mula diambil perhatian. Ini adalah kerana mengikut kajian, 
peningkatan kadar kematian yang ketara yang dicetuskan oleh penggunaan 
dadah, kokain mempunyai tanggungjawab yang penting ke atas kejadian 
tersebut. Selain daripada itu, kokain juga boleh disalahgunakan untuk 
membuat dadah sintetik. Dadah-dadah sintetik yang dihasilkan daripada kokain 
ialah novokain (novocaine) dan xilokain (xylocaine)

Kirim email ke