HYPERLINK
"http://groups.yahoo.com/group/polman/message/28585;_ylc=X3oDMTJyZjhxYzN
lBF9TAzk3MzU5NzE1BGdycElkAzE0NjQ0MTcEZ3Jwc3BJZAMxNzA1MjQwNTYwBG1zZ0lkAzI
4NTg1BHNlYwNkbXNnBHNsawN2bXNnBHN0aW1lAzExODk0OTc3NTg-" \n(muslim) Doa
Jibril dan Sikap Kita 


Hadis Doa Jibril dan Sikap Kita Berinteraksi Dengan Hadis

Setiap kali Ramadhan semakin menjelang, pastinya saya akan menerima
mesej yang difowardkan melalui yahoo mesengger tentang sebuah hadis
berkaitan doa Jibril dan diaminkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam serta para Sahabat. Hadis tersebut berbunyi:

Malaikat jibril Menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat
Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
hal-hal yang berikut: 

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orangtuanya (jika
masih ada); 

* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri; 

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya." Maka
Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Saya sudah berusaha sedaya mampu saya mencarinya di dalam kitab-kitab
hadis namun tidak saya temui. Malah kitab-kitab fiqh juga tidak
membahaskan mengenai perlunya meminta maaf sebelum masuknya bulan
Ramadhan bagi mengelakkan diabaikan puasa kita oleh Allah Subhana wa
Ta’ala. Kebanyakkan yang menyebarkan hadis itu sendiri tidak sedar
bahawa tidak semua hadis itu sahih (authentic) hanya sekiranya ia
menyatakan “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda” atau
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan itu dan ini”. 

Untuk lebih memahami hal berkaitan hadis dan larangan menyebarkan hadis
yang tidak sahih atau diragui kesahihannya oleh penyebar, sila rujuk
tulisan saya yang bertajuk Berdusta Ke Atas Rasulullah <HYPERLINK
"http://demipena.blogspot.com/2006/06/berdusta-ke-atas-rasulullah.html";
\nhttp://demipena. blogspot. com/2006/ 06/berdusta- ke-atas-rasulull
ah.html
> .

Saya tidak berani meletakkan darjat hadis tersebut (samada sahih, hasan,
dhaif atau palsu) kerana biarlah mereka yang lebih alim dalam bidang
hadis melakukannya. Cuma yang boleh saya katakan, saya (dan beberapa
orang yang turut pernah menyemaknya) tidak menemui sebarang tanda yang
boleh membawa kita menilai darjatnya. Sesiapa yang menyatakan ia sahih,
sila kemukakan hujah dan bukti dan sampaikan pada saya agar saya boleh
mendapat manfaat ilmu itu.

Katakanlah: Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang
benar.[al-Baqarah 2:111]

Adapun terdapat hadis yang mirip dengan hadis yang difowardkan itu.
Hadisnya adalah seperti berikut. Daripada Jabir bin Abdullah
radhiallahu’anhuma:

Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata,
"Amin, amin, amin". Para sahabat bertanya."Kenapa engkau berkata amin,
amin, amin, wahai Rasulullah?" Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : 'Celaka
seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan
tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!', maka aku
berkata: 'Amin'. Kemudian Jibril berkata lagi. 'Celaka seseorang yang
mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih
hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!'
maka kukatakan, 'Amin’ ". Kemudian Jibril berkata lagi.'Hai Muhammad
celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak
bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!' maka kukatakan, 'Amin'."
[Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai
Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644]

Ianya seakan-akan sama tetapi matan (isi kandungan) hadis tersebut nyata
berbeza dan hadis ini sememangnya masyhur di dalam kitab-kitab yang
membicarakan tentang Ramadhan. Namun kini nampaknya hadis yang tidak
diketahui sahih ataupun tidak itu pula telah menjadi lebih terkenal.
Saya menulis bukan untuk membahaskan darjat hadis tersebut di sini
tetapi fokus saya adalah berharap agar pembaca dalam membetulkan sikap
dalam berinteraksi dengan hadis terutama yang kita tidak tahu sumbernya.

SIKAP KITA VS SIKAP PARA SAHABAT BERINTERAKSI DENGAN HADIS 

Para Sahabat sekalipun pernah hidup di zaman Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam, mereka tidak mengamalkan sikap bermudah-mudahan dalam
mennyampaikan hadis selepas kewafatan baginda. Mereka sangat teliti dan
berhati-hati. Berbeza sekali dengan kita pada hari ini, dengar sahaja
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda” atau “Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan itu dan ini” terus kita sebarkan
siap berserta emoticon senyuman tanpa teliti dan berhati-hati. Mari kita
lihat satu contoh sikap berhati-hati para Sahabat apabila berinteraksi
dengan hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. 

Daripada Abu Sa’id al-Khudri, dia berkata: Aku (Sa’id al-Khudri) sedang
menghadiri majlis yang diadakan oleh kaum Ansar, kemudian Abu Musa
datang mendekatiku, dia berkata: Aku (Abu Musa) telah mengucapkan salam
tiga kali di hadapan pintu rumah Umar namun tidak mendapati jawapan,
lalu aku pun pulang, kemudian aku ditanya orang: “Mengapa engkau
pulang?” Aku telah mengucapkan salam tiga kali namun tidak mendapati
jawapan, oleh sebab itu aku harus pulang, sebagaimana sabda Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam: 

“Apabila kamu mengucapkan salam sebanyak tiga kali dan tidak mendapat
jawapan maka hendaklah kamu pulang” 

Abu Sa’id berkata: Demi Allah engkau telah mengeluarkan satu penjelasan,
adakah diantara kamu sekalian yang pernah mendengarkan apa yang telah
didengar oleh Abu Musa daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam?
Lalu Ubay bin Ka’ab berkata: Demi Allah tidak ada yang turut
mendengarnya melainkan orang yang lebih muda diantara kami dan aku
adalah orangnya, aku bersamanya semasa itu dan aku juga telah
mengkhabarkan kepada Umar bahawa bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda sedemikian. [Sahih al-Bukhari – no: 5891] 

Para Sahabat takut menjadi orang yang banyak meriwayatkan hadis
dikhuatiri mereka terjerumus kedalam kesilapan dan kesalahan, hingga
akhirnya membawa mereka untuk berdusta ke atas Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam, suatu perbuatan yang amat tercela dan mendapat ancaman
yang sangat buruk daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
[Manna’ Khalil al-Qathan, Mabahats Ulumul Hadis (Cara Mudah Memahami
Ilmu-Ilmu Hadis), ms. 66] 

Ancaman yang dimaksudkan itu adalah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam: 

Barang siapa yang berdusta atasku (yakni atas namaku) dengan sengaja,
maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya (yakni tempat tinggalnya) di
neraka. [Sahih Muslim – no: 3]

BERDIAM DIRI LEBIH BAIK 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

Cukup bagi seseorang itu sebagai pendusta dengan menceritakan apa sahaja
yang dia dengar. [Sahih Muslim - hadis no: 5] 

Sekiranya kita tidak pasti apabila menerima suatu hadis, kita ada tiga
pilihan:

[1] Menyelidik dan menyemaknya bagi yang berkemampuan.

[2] Bertanya kepada yang lebih mengetahui terutama mengenai ilmu hadis.

[3] Berdiam diri daripada menyebarkannya sekiranya tidak mampu melakukan
kedua-dua perkara diatas sehinggalah telah jelas hujah bahawa ianya
sahih dan selamat disebarkan.

Contohilah sahabat yang begitu berhati-hati dalam meriwayatkan hadis
kerana khuatir terjerumus dalam ancaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam.Ingatlah Firman Allah Subhana wa Ta’ala:

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai
pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta
hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang
dilakukannya. [al-Isra’ 17:36]



HYPERLINK
"http://demipena.blogspot.com/2006/06/berdusta-ke-atas-rasulullah.html";
\n 

No virus found in this outgoing message.
Checked by AVG Free Edition. 
Version: 7.5.485 / Virus Database: 269.13.14/999 - Release Date:
9/10/2007 5:43 PM
 
********************************************************
Mailing List FUPM-EJIP ~ Milistnya Pekerja Muslim dan DKM Di kawasan EJIP
********************************************************
Ingin berpartisipasi dalam da'wah Islam ? Kunjungi situs SAMARADA :
http://www.usahamulia.net

Untuk bergabung dalam Milist ini kirim e-mail ke :
[EMAIL PROTECTED]

Untuk keluar dari Milist ini kirim e-mail ke :
[EMAIL PROTECTED]
********************************************************

Kirim email ke