Alor Gajah: Tindakan seorang wanita mengikut teman lelaki yang baru
dikenalinya beberapa bulan lalu bersiar-siar di bandar ini membawa padah
apabila dia dirogol lelaki itu di dalam kereta di hadapan rumah lelaki
berkenaan di sebuah taman perumahan, di sini, awal November lalu.
Difahamkan, dalam kejadian jam 11 malam, 6 November lalu, wanita berusia 28
tahun berkenaan dijemput teman lelakinya berumur 22 tahun dengan menaiki
sebuah kereta selepas tamat waktu kerja di bandar ini dan dibawa
bersiar-siar sebelum berhenti makan malam di sebuah kedai.
Menurut sumber, apabila selesai makan, lelaki itu yang mendakwa mengantuk
kemudian membawa mangsa pulang ke rumahnya di sebuah taman perumahan di
daerah ini.
“Sebaik tiba di rumah itu, lelaki berkenaan meminta mangsa menunggu di
dalam kereta kerana kononnya mahu menyalin pakaian sebelum beberapa minit
kemudian, dia muncul kembali dan meminta mangsa berpindah ke sebuah lagi
kereta miliknya yang berada berhampiran.
“Selepas mangsa duduk di tempat duduk penumpang hadapan kereta itu, lelaki
berkenaan tiba-tiba masuk dan menutup pintu sebelum menindih mangsa sambil
meraba badannya,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.
Menurutnya, mangsa yang terkejut cuba melawan dan menolak ajakan lelaki
berkenaan melakukan hubungan seks di dalam kereta terbabit.
“Berang ajakannya ditolak, lelaki itu merentap pakaian mangsa sebelum
merogolnya.
“Selepas merogolnya, lelaki berkenaan menghantar mangsa pulang ke rumahnya
di sekitar daerah ini,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang trauma membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah
pada jam 4.30 petang, kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Umar Ali
Saifuddin Saharudin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes
dirujuk ke Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Ibu
Pejabat Polis Kontinjen negeri.
Berita dari HM
--
Posted By apa tu to Says Blog on 12/13/2013 03:29:00 am
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.