Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Lima jahitan di kepala dan lebam seluruh badan. Itulah harga
terpaksa dibayar seorang wanita berusia 27 tahun kerana menghalang suaminya
daripada merakam videonya sedang berbogel di bilik mandi.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari di rumah mereka di Bandar Sri Permaisuri,
di sini, kelmarin, mangsa juga diugut bunuh lelaki terbabit kerana
menghalangnya daripada berbuat demikian.
Menyedari suaminya berusia 29 tahun mempunyai niat jahat selain tidak tahan
dipukul, mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.
Sumber berkata, sebelum kejadian, suami mangsa bertindak merakam video
isterinya yang sedang mandi menggunakan telefon bimbit tanpa pengetahuan
wanita terbabit.
“Bagaimanapun, perbuatan itu kemudian disedari isterinya sebelum meminta
suaminya memadamkan video yang direkodkan itu.
“Permintaan mangsa tidak diendahkan sebaliknya lelaki itu memujuk isterinya
untuk merakamkan adegan mereka berasmara,” katanya memberitahu permintaan
itu juga turut ditolak dengan baik oleh isterinya itu.
Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba merampas telefon bimbit milik
suaminya itu dipercayai mahu memadam rakaman video berkenaan.
“Perbuatannya menyebabkan suaminya naik marah lalu bertindak menghentak
kepala mangsa di dinding bilik dan almari.
Lelaki itu juga dilapor menumbuk dan menendang mangsa berulang-kali dan
ketika itu, mangsa hanya mampu merayu dikasihani.
“Lelaki terbabit turut mengugut untuk membunuh isterinya itu sebelum
meninggalkan rumah,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan segera menghubungi rakannya
sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta di kawasan berhampiran kediamannya.
“Mangsa dilapor menerima sekurang-kurangnya lima jahitan di kepala selain
mengalami lebam pada beberapa bahagian badan,” katanya.
Katanya, mangsa turut membuat laporan di balai polis berhampiran.
“Sehingga kini, tiada tangkapan dilakukan dan polis sedang menyiasat kes
berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.
Berita dari HM
--
Posted By apa tu to Says Blog on 12/13/2013 03:41:00 am
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.