Shah Alam: Penyebaran imej seorang wanita berambut panjang di sekitar Kota
Kemuning, di sini, sejak beberapa hari lalu, menimbulkan misteri dalam
kalangan penduduk setempat.
Imej dalam foto itu kini dikatakan tersebar luas pengguna telefon pintar
dan dipercayai dirakam di sebuah kawasan pembinaan sekitar bandar raya ini
sebelum diperoleh seorang penduduk.
Beberapa penduduk yang melihat gambar itu memberi pelbagai reaksi kerana
sehingga kini tidak diketahui siapa merakam imej berkenaan.
Penduduk Shamsudin Daim, 40, berkata, imej dalam foto itu dipercayai
dirakam pada waktu siang ketika beberapa pekerja menyiapkan kerja menambak
tanah di sebuah tapak pembinaan.
Bagaimanapun, katanya, ketulenan foto itu tidak dapat disahkan kecuali
selepas ia dinilai pakar dalam bidang teknologi fotografi atau grafik jika
gambar berkenaan menggunakan teknik pertindihan
“Memang foto imej wanita berambut panjang itu tersebar meluas di sekitar
Kota Kemuning. Cuma kita tidak tahu siapa merakamnya. Mungkin ia tulen atau
mungkin juga tidak. Hanya pakar dapat menentukannya.
“Namun berdasarkan imej diperoleh, memang tertera imej seorang wanita
berambut panjang,” katanya yang tidak mengetahui identiti perakam gambar
itu.
Sementara itu, Bilal Surau Al-Hidayah Jalan Kebun Jamal Sanusi, 50, yang
turut melihat imej berkenaan berkata, tiada yang mustahil dalam kehidupan
manusia, terutama membabitkan sesuatu yang ghaib atau di luar pengetahuan.
“Cuma kita tidak boleh terlalu taksub selagi kita tidak tahu kesahihan
gambar berkenaan atau sebaliknya.
“Perkara begini kadangkala boleh menjejaskan akidah kalau kita tidak
berhati-hati jika orang ramai mempercayainya bulat-bulat,” katanya
Berita dari HM
--
Posted By apa tu to Says Blog on 12/15/2013 09:08:00 am
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.