semoga suami ybs dilaknat Allah krn menganiaya istrinya.

Pada Jumat, 13 Desember 2013 2:41:27 UTC+7, death13 menulis:
>
> <http://2.bp.blogspot.com/-JJBqmDkfLJg/UqoQsXKw88I/AAAAAAAAAyY/T9-uuZuHiq4/s1600/pukul+isteri.jpg>
>  Gambar hiasan
>
> Kuala Lumpur: Lima jahitan di kepala dan lebam seluruh badan. Itulah harga 
> terpaksa dibayar seorang wanita berusia 27 tahun kerana menghalang suaminya 
> daripada merakam videonya sedang berbogel di bilik mandi.
>
> Dalam kejadian jam 12 tengah hari di rumah mereka di Bandar Sri 
> Permaisuri, di sini, kelmarin, mangsa juga diugut bunuh lelaki terbabit 
> kerana menghalangnya daripada berbuat demikian.
>
> Menyedari suaminya berusia 29 tahun mempunyai niat jahat selain tidak 
> tahan dipukul, mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.
>
> Sumber berkata, sebelum kejadian, suami mangsa bertindak merakam video 
> isterinya yang sedang mandi menggunakan telefon bimbit tanpa pengetahuan 
> wanita terbabit.
>
> “Bagaimanapun, perbuatan itu kemudian disedari isterinya sebelum meminta 
> suaminya memadamkan video yang direkodkan itu.
>
> “Permintaan mangsa tidak diendahkan sebaliknya lelaki itu memujuk 
> isterinya untuk merakamkan adegan mereka berasmara,” katanya memberitahu 
> permintaan itu juga turut ditolak dengan baik oleh isterinya itu.
>
> Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba merampas telefon bimbit milik 
> suaminya itu dipercayai mahu memadam rakaman video berkenaan.
>
> “Perbuatannya menyebabkan suaminya naik marah lalu bertindak menghentak 
> kepala mangsa di dinding bilik dan almari.
>
> Lelaki itu juga dilapor menumbuk dan menendang mangsa berulang-kali dan 
> ketika itu, mangsa hanya mampu merayu dikasihani.
>
> “Lelaki terbabit turut mengugut untuk membunuh isterinya itu sebelum 
> meninggalkan rumah,” katanya.
>
> Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan segera menghubungi rakannya 
> sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta di kawasan berhampiran kediamannya.
>
> “Mangsa dilapor menerima sekurang-kurangnya lima jahitan di kepala selain 
> mengalami lebam pada beberapa bahagian badan,” katanya.
>
> Katanya, mangsa turut membuat laporan di balai polis berhampiran.
>
> “Sehingga kini, tiada tangkapan dilakukan dan polis sedang menyiasat kes 
> berkenaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.
>
> Berita dari 
> HM<http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kepalaberjahitengganjadi__8216_pelakonporno__8217_/Article/index_html>
>
>
>
>
> --
> Posted By apa tu to Says 
> Blog<http://saysads.blogspot.com/2013/12/isteri-dibelasah-kerana-enggan-berlakon.html>on
>  12/13/2013 03:41:00 am

-- 
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis: 
   http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog: 
   http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
   http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
   http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
   http://pendek.in/0xn7
-
--- 
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup 
Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim 
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.

Kirim email ke