DUNGUN - Akibat tekanan perasaan, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah
sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di daerah ini nekad untuk membunuh
diri dengan cuba terjun dari bangunan sekolah.
Natijahnya, dia terpaksa menanggung hukuman yang bakal dikenakan akibat
perbuatan di luar kewarasannya itu.
Dia yang difahamkan anak ketiga daripada lima beradik itu bakal berdepan
hukuman penjara atau denda.
Tertuduh yang sempat ditemui Sinar Harian selepas pendakwaan dilakukan ke
atasnya berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana gagal mengawal emosi
selepas menghadapi masalah pelajaran dan keluarga.
“Saya menyesal melakukan kesalahan itu. Mungkin apa yang saya lalui ini
merupakan pengajaran buat saya. Saya nasihatkan rakan-rakan lain agar tidak
melakukan perbuatan ini kerana ia salah di sisi agama dan undang-undang,”
luah gadis 14 tahun yang berhadapan dakwaan cuba membunuh diri itu.
Pelajar perempuan terbabit berhadapan dakwaan mengikut Seksyen 309 Kanun
Keseksaan.
Dia yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun pagi semalam didapati
melakukan perbuatan itu pada jam 9.10 pagi 6 Mac lalu.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih
setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pelajar yang berasal dari Kampung Kuala Abang itu bagaimanapun mengaku
bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hazwanie Hussain
Bustari.
Dia dikenakan jaminan sebanyak RM1,500 dan mahkamah menetapkan 24 Disember
ini sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan akhlak daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Berita Dari SH
--
Posted By apa tu to Says Blog on 12/16/2013 11:40:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.