GEORGETOWN - Aksi polis 'terlampau', itu gambaran dalam video
bertajuk 'Polis Tampar Orang Awam' yang dimuat naik dalam laman Youtube
sejak beberapa hari lalu.
Video berdurasi satu minit enam saat itu disaksikan kira-kira 1,230 selepas
dimuat naik sejak Sabtu lalu.
Bukan sahaja tersebar di Youtube malah ramai pengguna laman sosial
berkongsi video berkenaan di laman sosail Facebook dan blog.
Video yang memaparkan seorang anggota polis dari Balai Polis Bayan Baru
menahan tiga lelaki warga asing terbabit boleh dianggap keterlaluan apabila
anggota polis berkenaan bertindak di luar batasan dengan menampar beberapa
kali serta memaki hamun tiga lelaki yang ditahan berkenaan.
Difahamkan, kejadian yang berlaku di hadapan sebuah klinik di kawasan
Queensbay itu berpunca apabila dua lelaki daripada tiga lelaki berkenaan
cuba melarikan diri apabila diminta berhenti untuk diperiksa.
Menurut sumber, anggota berkenaan yang ketika itu bertugas dalam Operasi
Ops Payung di kawasan berkenaan meminta dua lelaki berkenaan berhenti untuk
diperiksa namun tidak diendahkan mereka.
Berang dengan tindakan dua lelaki berkenaan, anggota itu bertindak mengejar
mereka menggunakan motosikal dan berjaya menahan mereka sebelum berlakunya
aksi itu.
Difahamkan, akibat daripada perbuatan anggota itu, beliau kini ditukarkan
ke Unit Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam satu kenyataannya di
sini semalam berkata, Bahagian Tatatertib kontinjen negeri sedang
menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.
Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota dan
pegawainya yang melakukan kesalahan sehingga mencemarkan nama dan
menjatuhkan imej PDRM.
“Arahan dikeluarkan kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan
ketua formasi untuk memastikan semua pegawai dan anggota di bawah seliaan
mereka melaksanakan tugas mengikut undang-undang.
“Jangan sesekali bertindak di luar batasan serta melakukan perkara yang
mencemarkan imej pasukan,” katanya.
--
Posted By apa tu to Says Blog on 12/17/2013 10:47:00 am
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.