Batu Gajah: Seorang remaja wanita yang bekerja sambilan di sebuah resort,
di sini, terkejut dan ketakutan apabila punggung serta payudaranya diramas
secara tiba-tiba oleh seorang rakan sekerja, ketika leka membasuh pinggan.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Ahad lalu itu, mangsa, 19, menjerit
dan melarikan diri, sebelum meminta bantuan daripada seorang pengurus
resort yang membantu mangsa membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abd Latif
berkata, siasatan mendapati, suspek adalah warga Myanmar yang juga rakan
sekerja mangsa, manakala mangsa pula adalah remaja tempatan yang bekerja
sambilan sebagai tukang cuci di resort terbabit setiap kali ada majlis
dijalankan di premis terbabit.
“Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa dicabul oleh seorang warga asing,
apabila rakan sekerja bertindak memegang punggung dan meramas payudara
mangsa ketika dia sedang membasuh pinggan.
“Sebaik dicabul, mangsa bertindak menjerit serta menepis tangan suspek,
sebelum melarikan diri dan berjumpa dengan seorang pengurus untuk
memaklumkan kejadian itu dan membuat laporan polis,” katanya ketika
dihubungi di sini, semalam.
Menurutnya, susulan itu, polis melakukan tangkapan terhadap seorang lelaki
yang dipercayai melakukan perbuatan cabul terbabit keesokannya di kawasan
resort sama.
“Lelaki terbabit yang berusia 27 tahun yang dikenali Jasim itu, kini
direman dan disiasat mengikut Seksyen 354, Kanun Keseksaan kerana mencabul.
“Suspek juga mempunyai status pelarian Pesuruhjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR),” katanya.
Shaharon berkata, suspek dijangka didakwa di mahkamah esok dan jika
disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau
denda atau sebat.
--
Posted By apa tu to Says Blog on 12/19/2013 12:38:00 am
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.