KUALA TERENGGANU - Seorang remaja dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini,
semalam, atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur, tahun lalu.
Bagaimanapun, remaja tersebut yang berusia 19 tahun, dari Kampung Losong Hj
Mat Shafie, di sini, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas
tuduhan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol itu.
Dia mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mangsa
yang ketika kejadian berusia 15 tahun sebulan di sebuah rumah di Taman
Kuala Ibai, Jalan Tok Adis, di sini, pada 29 September 2012, jam lebih
kurang 3.30 petang.
Dengan itu, dia mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan yang
memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh juga
dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Sejurus pengakuan tidak bersalah remaja itu direkodkan, Hakim Azhar Othman
menetapkan 29 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk
lantikan peguam serta membenarkan dia diikat jamin RM6,000 dengan seorang
penjamin.
Azhar turut mengenakan syarat agar remaja itu tidak boleh sesekali
mengganggu saksi dan sekiranya arahan itu tidak dipatuhi, kebenaran ikat
jamin dibatalkan serta-merta. - SH
--
Posted By apa tu to Says Blog on 12/19/2013 10:30:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.