Kontroversi skandal Adi Putra membahang lagi apabila Amiruddin Othman, 56,
mengaku telah menceraikan isterinya Noraida Abd Mutalib. Lafaz cerai talak
satu dilakukan di kediaman mereka di Johor Bahru, antara jam 4.30 hingga 5
pagi
PUTRAJAYA - Suami wanita yang dikaitkan dengan skandal pelakon Adi Putra,
Amiruddin Othmann, 50, mengakui sudah mencerai isterinya secara lisan dua
hari lalu, namun masih nekad meneruskan rayuan agar kes tersebut disiasat
semula.
Ahli perniagaan itu yang mengakui menceraikan isterinya, Noraida Abd.
Mutalib, 29, jam 4 pagi pada 19 Disember lalu di rumahnya, di Johor Bahru
itu akan memohon rayuan di Jabatan Peguam Negara dengan mengusulkan seksyen
baru bagi siasatan itu.
"Saya menceraikan isteri saya Noraidah dengan talak satu.
"Kami bercerai secara baik walau kami tiada apa-apa ikatan lagi, tapi kami
bersetuju untuk meneruskan kes ini demi menegakkan kebenaran," katanya.
Menurutnya, kes itu mahu diteruskan semula kerana ingin menuntut keadilan
dan berasa kecewa dengan keputusan siasatan kes skandal yang melibatkan
isterinya dengan pelakon, Adi Putra.
Menerusi sidang media yang diadakan di perkarangan bangunan Jabatan Peguam
Negara, Putrajaya, hari ini, Amiruddin memberitahu, dia membuat rayuan itu
kerana mahu membersihkan semula namanya.
Dakwa Amiruddin, dia tidak berpuas hati dengan dengan hasil siasatan yang
telah dibuat dan keputusan itu disyaki berat sebelah.
"Saya telah mengemukakan surat kepada Jabatan Peguam Negara untuk meneliti
pertuduhan relevan dari Seksyen 509 kepada Seksyen 498 Kanun Keseksaan
untuk membuat rayuan.
"Ada beberapa bukti yang menunjukkan kes ini perlu diteliti semula, ia
semua berkaitan dengan maruah saya bagi menuntut keadilan.
"Saya berharap pihak berkuasa menelitinya semula kerana saya rasa teraniaya
dan menyebabkan rumah tangga saya runtuh," katanya yang mendakwa berasa
kecewa apabila kes itu diklasifikasikan tiada tindakan lanjut.
Pada September lalu, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim,
32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan disiasat polis selepas
Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej
dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman
Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial,
WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu
Amiruddin.
Bagaimanapun, Adi Putra dalam sidang medianya pada 12 Disember lalu
mendakwa, dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes skandal
berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu
melakukan gangguan seksual.
Amiruddin turut ditemani peguamnya, Muhamad Hasif Hassan menambah, "kalau
boleh saya mahu kes ini ditukarkan dari Seksyen 509 Kanun Keseksaan
(gangguan seksual) kepada Seksyen 489 kanun yang sama iaitu memikat wanita
yang sudah bersuami."
Sementara itu, sebelum pengumuman penceraian itu, Amiruddin berkata, dia
bersama Noraida telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat
Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara
untuk membuka semula kes itu.
Hasil perkahwinan Amiruddin dengan Noraida kira-kira 10 tahun, mereka
dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun.
Keputusan itu selepas merasakan tidak mampu mengharungi kes skandal
tersebut selain untuk kebaikan mereka bersama
"Noraida menerima dengan hati terbuka walaupun masing-masing sedih kerana
rumah tangga yang kami bina selama 10 tahun runtuh," katanya
Video Skandal
Dia memang romantik, dia pandai memujuk dan saya memang meminati dia, dan
saya terrrr....
terSTIM
--
Posted By apa tu to Says Blog on 12/20/2013 02:59:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.