KUALA LUMPUR – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) semalam
membuat laporan polis terhadap sebuah akaun Facebook memaparkan puluhan
gambar gadis tempatan dalam keadaan mengghairahkan yang mula dikesan sejak
lebih sebulan lalu.
Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup berkata, kewujudan akaun lucah seperti itu
harus disekat bagi mengelak ia terus berkembang serta membawa budaya yang
buruk dalam masyarakat di negara ini.
Menurutnya, MJMM juga menggesa pihak berkuasa menyiasat dalang yang
terlibat kerana khuatir sekiranya gadis-gadis berkenaan diperguna atau
diperdagangkan oleh pihak-pihak tertentu.
“Kita tidak tahu sama ada mereka dengan rela atau dipaksa melakukan aksi
berkenaan, jadi kita minta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (SKMM) menyiasat perkara ini,” katanya selepas membuat laporan
polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.
Sementara itu hasil carian Sinar Harian mendapati laman sosial berkenaan
aktif memuat naik gambar-gambar sejak seminggu yang lalu.
Namun selepas laporan polis ini dibuat pagi semalam, tinjauan semula
mendapati pengendali akaun lucah berkenaan telah bertindak menutup akaun
tersebut. SH-20 Dis 2013
--
Posted By apa tu to Says Blog on 12/20/2013 10:10:00 am
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.