Ditangkap khalwat pada 29 Oktober lalu di sebuah kuarters kesihatan di
Rantau Panjang,
kira-kira jam 12.55 tengah malam.
PASIR MAS - Seorang jururawat didenda RM2,000 oleh mahkamah syariah di
sini, semalam, selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan seorang pemandu
lori, Oktober lalu.
Sarizana Saribudin, 37, yang masih berstatus isteri orang dan pasangannya,
Abd Manan Aziz, 39, yang juga sudah berkahwin membuat pengakuanitu selepas
pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Mohd
Hafiz Daud.
Mengikut pertuduhan, kedua-duanya berkurung bersama-sama dalam keadaan yang
mendatangkan syak kerana bukan suami isteri sah dan juga mahram di sebuah
kuarters kesihatan di Rantau Panjang, kira-kira jam 12.55 tengah malam pada
29 Oktober lalu.
Sarizana didapati bersalah di bawah Seksyen 9(2) dibaca bersama Seksyen 30
Kanun Jenayah Syariah No. 2/85 Negeri Kelantan, manakala Abd Manan didakwa
di bawah Seksyen 9(1) dibaca bersama Seksyen 30 Kanun Jenayah Syariah No.
2/85 Negeri Kelantan.
Mengikut fakta kes, berdasarkan maklumat orang awam, pegawai penguat kuasa
Agama Jajahan telah pergi ke rumah terbabit dan mendapati pintu rumah serta
tingkap tertutup rapat.
Apabila pegawai penguat kuasa mengetuk pintu rumah dan memperkenalkan diri,
seorang wanita memakai kain sarung batik dan berbaju T telah membuka pintu
rumah.
Hasil pemeriksaan mendapati, seorang lelaki sedang tidur dengan seorang
kanak-kanak perempuan di ruang tamu rumah tersebut, manakala seorang lagi
lelaki dengan memakai kain sarung dan tidak berbaju berada di atas katil
dalam bilik tidur utama rumah berkenaan.
Di dalam bilik itu juga, terdapat seorang lagi kanak-kanak perempuan sedang
tidur.
Hasil pemeriksaan keseluruhan mendapati, lelaki yang tidur di ruang tamu
tersebut adalah adik kandung wanita terbabit, manakala dua kanak-kanak
perempuan itu adalah anak kandung wanita itu.
Setelah disoal siasat wanita dan lelaki yang berada di dalam bilik tersebut
bukan suami isteri dan bukan mahram.
Mereka ditangkap di bawah kesalahan Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan
No.2/85, Seksyen 9 dan dibawa ke Pejabat Agama Jajahan Pasir Mas untuk
diambil tindakan selanjutnya.
Hakim mengarahkan kedua-dua tertuduh membayar denda RM2,000 atau tiga bulan
penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun kedua-duanya menjelaskan denda tersebut.
Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie Negeri,
Norhasney Ridhwan Hassan.
-SH
--
Posted By apa tu to Says Blog on 12/25/2013 11:31:00 am
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.