Kota Bharu: Akibat melakukan onani sambil menunjukkannya kepada seorang
wanita yang baru dikenali menerusi panggilan video Skype, seorang pelajar
lelaki sebuah kolej, di sini, menanggung malu apabila aksinya itu dimuat
naik di YouTube peribadi wanita terbabit sebelum diugut menyerahkan wang
sebanyak RM6,000 jika mahu video berkenaan dipadamkan dan tidak disebarkan.
Dalam kejadian yang bermula jam 8 malam pada Ahad lalu di rumah pelajar
terbabit berusia 19 tahun di Kubang Kerian, di sini, mangsa yang ketakutan
meminta bayaran itu dikurangkan sehingga RM4,000 dan wanita yang
mengugutnya bersetuju sebelum memintanya memasukkan wang pendahuluan
RM2,000 menerusi akaun sebuah bank.
Bagaimanapun, mangsa meminta untuk membayar RM1,000 terlebih dulu dan
berjanji melunaskan baki RM3,000 kemudian.
Sumber berkata, mangsa segera memaklumkan kejadian itu kepada bapanya
sebelum diminta bapanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Kota Bharu, di sini, kelmarin.
Katanya, sebelum kejadian, mangsa membuka Facebooknya dan melihat akaun
Facebook seorang wanita menggunakan nama Nickaah Nayss' dan menjadi
rakannya jam 8 malam, Ahad lalu.
“Mereka berbual di Facebook sebelum wanita itu mempelawa mangsa berbual
menggunakan panggilan video Skype pada jam 1.48 pagi keesokan harinya
(kelmarin).
Mangsa melakukan onani dan wanita itu meminta mangsa menunjukkan perbuatan
berkenaan kepadanya.
“Mangsa berbuat demikian, namun wanita itu hanya menunjukkan wajahnya yang
kabur.
Aksi itu berlangsung selama satu jam bermula jam 5 hingga 6 pagi,” katanya.
Menurutnya, wanita itu memaklumkan perbuatan mangsa dirakam dan dimuat naik
ke dalam YouTube peribadinya sebelum mengugut mangsa menyerahkan wang
RM6,000 jika mahu video berkenaan dipadam dan tidak disebarkan.
Katanya, mangsa yang ketakutan meminta jumlah itu dikurangkan kepada
RM4,000 dan wanita itu bersetuju sebelum meminta mangsa memasukkan wang
pendahuluan sebanyak RM2,000 menerusi akaun sebuah bank.
“Mangsa minta jumlah wang pendahuluan itu dikurangkan kepada RM1,000
sebelum memaklumkan kejadian berkenaan kepada bapanya dan diminta bapanya
supaya membuat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Idris
Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan
daripada mangsa.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana
melakukan pemerasan.
“Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan perbuatan tidak senonoh sebaik
mengenali rakan baru menerusi laman sosial kerana boleh terjerumus kepada
penipuan,” katanya.- HM
--
Posted By apa tu to Says Blog on 12/26/2013 04:01:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.