Kelu lidah seorang isteri apabila menemui mayat suaminya dalam keadaan
telanjang bersama mayat bogel seorang wanita di dalam kereta di premis
kedai di Bandar Cyber, belakang sebuah hotel bajet, dekat sini, malam
kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam, mayat Loke Yoke Kim, 58, dijumpai di dalam
kereta jenis Proton Wira di tempat duduk pemandu manakala wanita dipercayai
kekasihnya dikenali sebagai Yan Wai Leng, 51, terbaring di tempat duduk
penumpang bahagian depan.
Difahamkan, isteri mangsa mencari suaminya di sekitar Ipoh selepas tidak
pulang ke rumah sejak 6 petang Khamis lalu, sebelum menemuinya di tempat
kejadian.
Sumber polis berkata, pasangan berkenaan dipercayai mengadakan hubungan
seks sebelum ditemui mati dalam keadaan berbogel di dalam kenderaan yang
dipercayai milik lelaki berkenaan.
“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian.
Pemeriksaan lanjut turut menemui sebuah lagi kereta jenis Proton Iswara
milik wanita itu yang diletakkan berhampiran premis kedai berkenaan,”
katanya. Menurutnya, mangsa wanita seorang ibu tunggal dipercayai mempunyai
seorang anak perempuan berusia 17 tahun.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong
berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh
dan bedah siasat petang semalam mendapati punca kematian disebabkan
keracunan gas karbon monoksida.
“Laporan bedah siasat oleh Dr Ikraq Zhafirin mendapati punca kematian
pasangan rakyat tempatan ini adalah keracunan gas karbon monoksida. Tiada
kesan pergelutan atau unsur jenayah didapati pada tubuh atau sekitar lokasi
mayat mangsa ditemui.
“Mayat kedua-dua mangsa dituntut keluarga masing-masing. Bagaimanapun,
sampel darah kedua-dua mangsa akan dihantar ke Jabatan Kimia Ipoh untuk
analisis ujian toksicology, Isnin ini,” katanya.
Menurutnya siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.
Terdahulu, mayat mangsa dijumpai isterinya selepas melihat kepulan asap
keluar daripada pejabat suaminya dan terpaksa mengumpil pintu premis di
Bandar Cyber lalu mendapati kereta jenis Proton Wira milik suaminya dalam
keadaan enjin dan pendingin hawa kenderaan masih hidup.
Dia kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati suaminya bersama seorang
wanita lain dalam keadaan bogel dalam kereta itu, sebelum memaklumkan
perkara berkenaan kepada polis. Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan
meninggal dunia.
--
Posted By apa tu to Says Blog on 1/06/2014 01:07:00 am
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.