AYER KEROH - Hasrat seorang wanita mahu memilik sebuah keluarga bahagia
berkecai apabila mendapati suaminya lebih berminat dengan kaum sejenis.
Biarpun usia perkahwinan sudah menjangkaui empat tahun, namun sikap
suaminya yang enggan berubah menyebabkan rumahtangga Marina (bukan nama
sebenar), 30, berakhir di tengah jalan.
Lebih mengejutkan, wanita terbabit mengakui dia masih dara walaupun selama
ini tinggal sebumbung dan tidur bersama suaminya.
Menurut Marina yang kini tinggal bersama keluarga di salah sebuah daerah di
negeri ini, dia mula mengenali dan rapat dengan bekas suaminya yang dua
tahun lebih tua daripadanya ketika bekerja di sebuah syarikat swasta di
negeri ini.
Bagaimanapun, katanya, pada awalnya, dia menyedari lelaki berkenaan
mempunyai sifat meragukan menerusi gerak-gerinya serta pergaulan sepanjang
berkawan dengannya.
Malah, saudaranya juga ada memberitahu mengenai perangai lelaki berkenaan
semasa sekolah dahulu yang sukakan rakan sejenis.
“Pada mulanya niat saya baik, mahu mengubah dirinya supaya menjadi seorang
lelaki sejati biarpun tahu dia bersifat begitu.
"Kami mengikat pertunangan pada 2006 dan pernah hampir putus asa dan mahu
putus tunang tapi tidak jadi. Sehinggalah kami berkahwin pada Mei 2007,”
katanya.
Menceritakan sepanjang detik perkahwi-nannya, Marina berkata, dari kaca
mata luar memang nampak rumahtangganya bahagia apatah lagi sikap bekas
suami yang lembut tutur katanya dan pandai mengambil hati ahli keluarga
lain. Tetapi perasaan saya Tuhan sahaja yang tahu, lebih-lebih lagi apabila
kehendak serta tuntutan naluri seorang isteri tidak dapat dipenuhi.
“Dia romantik pun bila kami sambut hari jadi atau ulangtahun perkahwinan
apabila suami belikan kek dan kami rai bersama. Kami hanya tidur umpama
adik beradik, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Cuma dia hanya akan
mencium pipi saya setiap kali mahu keluar pergi kerja,” katanya.
Marina berkata, dia mula tertekan apabila dimarahi dan mula diugut akan
diceraikan menyatakan keinginan untuk mendapatkan anak.
“Tambah menyakitkan hati saya apabila dia lebih rapat pada kawan lelaki
sehingga saya tengok hubungan mereka luar biasa,” katanya.
Akibat tidak tahan dengan keadaan itu, katanya, dia terpaksa memohon agar
suami melepaskan dirinya sehingga akhirnya mahkamah memutuskan penceraian
itu pada Oktober 2011.
Menurutnya, dia sungguh menyesal dengan perkahwinannya itu tetapi apa yang
mampu dilakukan kerana semua yang berlaku adalah suratan takdir.
--
Posted By apa tu to Says Blog on 1/06/2014 08:16:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.