KUALA SELANGOR - Mereka masih kecil dan tidak tahu apa-apa, namun pemilik
dan pengasuh sebuah taska di Puncak Alam, di sini, tergamak mendera
kanak-kanak yang dihantar ke situ untuk melampiaskan kemarahan.
Bukan setakat dipukul dengan pembaris panjang jika mereka ingkar arahan,
malah lebih memilukan apabila ada di antara bayi yang diangkat dengan
sebelah tangan secara kasar kemudian dicampak ke tilam tempat mereka tidur
begitu sahaja.
Akibatnya, ada di antara 30 kanak-kanak dalam lingkungan umur lima bulan
hingga lima tahun di taska berkenaan mengalami keadaan trauma dan murung.
Kejadian ini didedahkan oleh dua bekas pengasuh taska berkenaan yang
diberhentikan hanya selepas enam hari bekerja kerana majikan pusat jagaan
kanak-kanak tersebut dikatakan bimbang rahsia bayi dan kanak-kanak yang
diasuh di situ didera, terbongkar.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan
menerima laporan mengenai perkara itu dan pihaknya masih menyiasat sama ada
kes itu diklasifikasikan sebagai penderaan atau tidak.
Belang majikan terbongkar
Bekas pekerja taska berkenaan, Maya (bukan nama sebenar), 17, memberitahu,
ketika mula bekerja di situ bersama sahabat baiknya, Suraya (juga bukan
nama sebenar), 18, pada 2 Januari lalu, mereka tidak nampak sebarang
perlakuan mencurigakan.
“Pada hari pertama semuanya nampak ok saja. Kami bekerja dari jam 7 pagi
hingga 7 malam,” katanya membuka cerita.
Menurut Maya, bagaimanapun, selang beberapa hari, belang majikannya yang
berusia lebih 30 tahun itu dan seorang pengasuh mula terserlah.
“Mereka senang-senang saja merotan dan mencubit budak-budak itu. Ada yang
sampai lebam-lebam dikerjakan. Marah jangan cakap lagilah, sampai
tersedu-sedu mereka dibuatnya. Memang sedih kami tengok,” katanya.
Maya berkata, kanak-kanak dirotan dengan pembaris panjang jika mereka tidak
mendengar kata, sementara bayi yang menangis diangkat dan dicampak dengan
kasar. Itu macam sudah menjadi rutin di situ.
“Biasalah bayi menangis sebab nak susu. Saya sungguh sedih dan tak faham
kenapa mereka buat macam tu,” katanya lagi
-SH
--
Posted By apa tu to Says Blog on 1/11/2014 12:36:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.