Kota Bharu: Pada usia 20 tahun dia sudah bergelar janda apabila suami
menceraikannya dengan talak satu ketika mengandung lima bulan, malah usia
perkahwinannya baru 10 bulan pada September 2012.
Janda muda mahu dikenali sebagai Suriani itu menjadi mangsa perceraian
akibat campur tangan ibu mentua yang menuduhnya kuat merajuk serta tidak
suka makan ikan kering yang dihidangkan wanita itu.
Suriani yang tidak bekerja berkata, kini dia hidup serba kekurangan dan
hanya bergantung kepada nafkah bulanan bekas suami sebanyak RM250 dan
bantuan kewangan bapanya untuk menyara diri serta anak perempuan berusia
setahun.
Mengimbas kisah hidupnya, Suriani berkata, perkenalannya dengan bekas suami
hasil perancangan keluarganya yang mahu menjodohkan mereka sebagai suami
isteri pada usianya 17 tahun.
“Kami hanya sempat keluar sekali selepas bertunang selama tiga bulan
sebelum diijabkabulkan pada Disember 2011.
“Saya tiada masalah dengan perancangan keluarga kerana saya fikir pilihan
dan restu keluarga yang terbaik,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di
sini.
Menurut Suriani, selepas berkahwin mereka tinggal bersama ibu bapanya
kerana bekas suami tidak mampu menyewa rumah lain kerana hanya bekerja di
bengkel dengan pendapatan RM1,000 sebulan.
“Pada peringkat awal, kehidupan kami suami isteri bahagia. Ibu bapa saya
juga menerima dan melayan bekas suami seperti anak kandung sendiri dan dia
dilihat gembira sepanjang berada di sini.
“Bagaimanapun, hubungan saya dengan keluarga mentuanya dingin tanpa sebab
yang pasti. Hampir setiap minggu kami melawat keluarga mentua, tapi
kehadiran saya dilayan seperti orang luar.
“Pernah satu ketika mereka menyambut hari lahir seorang ahli keluarga, tapi
saya hanya berada di dalam bilik kerana tidak dijemput makan bersama,”
katanya.
Suriani berkata, hubungannya dengan bekas suami mula berubah selepas hampir
tujuh bulan berkahwin. “Entah mengapa tiba-tiba sikap bekas suami mula
berubah sehingga sering berlaku pertengkaran kecil antara kami.
“Sehinggalah pada suatu hari dia pergi kerja dan tidak pulang ke rumah
beberapa hari,” katanya.
Katanya, dia dan ahli keluarganya mengambil inisiatif ke rumah bekas
suaminya untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.
“Apabila tiba di rumah mentua, kami mula berbincang, namun menemui jalan
buntu, malah saya juga dituduh tidak menjadi menantu yang baik oleh mentua
kerana sering merungut dihidangkan ikan kering di rumah itu,” katanya. - HM
--
Posted By apa tu to Says Blog on 1/12/2014 02:43:00 am
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.