Kuala Lumpur: Wanita yang mudah terperdaya dengan kata-kata manis seorang
lelaki yang dikenali melalui Facebook kemudian mereka bertemu, ibarat
seperti menempah bala,” kata pakar motivasi Dr Rubiah Hamzah. Beliau yang
juga penceramah bebas berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai
seorang jururawat berusia 25 tahun terpaksa mengambil masa empat hari untuk
mencari jalan meloloskan diri daripada menjadi 'tawanan' seorang Romeo
Siber yang mengurungnya di sebuah rumah di Seksyen 19, Subang Jaya, yang
dikenali melalui Facebook, Oktober lalu. Difahamkan, Romeo Siber yang hanya
bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta itu juga dipercayai sudah
memperdaya sekurang-kurangnya tiga wanita muda melalui Facebook sejak enam
bulan lalu.
Menurutnya, selagi laman sosial Facebook itu disalah guna, pelbagai masalah
akan timbul sekali gus menyebabkan individu terjebak dalam kes keruntuhan
moral.
Jika dalam Facebook itu terdapat paparan gambar yang mendedahkan aurat
serta menaikkan nafsu syahwat lelaki, tidak mustahil ia mendatangkan
kemudaratan kepada wanita itu.
Pendapat saya, wanita yang berkenalan melalui Facebook kemudian melalui
fasa berjumpa dengan lelaki itu diibarat sudah menempah bala, kerana usia
perkenalan tidak menjamin kebaikan lelaki itu,” katanya ketika dihubungi di
sini, semalam. Katanya, mengambil contoh anak gadis yang berada di pusat
perlindungan di negara ini yang kebanyakan sudah 'rosak' akibat mudah
percaya kepada Romeo Siber.
Fenomena pergaulan menerusi laman sosial turut disifatkan sebagai pergaulan
bebas tanpa batasan dan mampu menyebabkan individu terjebak dalam kes
keruntuhan moral.
Malah, ada antara lelaki itu bermodalkan ayat manis dan wajah kacak hingga
berjaya menjerat cinta gadis remaja dengan menggunakan Facebook untuk
menjadi pemuas nafsu mereka. Sasaran mereka adalah gadis remaja yang
kemaruk melayari laman sosial untuk mencari kenalan hingga jatuh cinta dan
seterusnya menyerahkan kehormatan diri,” katanya.
--
Posted By apa tu to Says Blog on 1/17/2014 03:05:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.