Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel hari ini
mencadangkan kelapa yang dipecahkan di kuil sempena perayaan Thaipusam
dikitar semula atau dihantar ke kilang minyak untuk diproses.
Beliau berkata langkah itu diamalkan bertahun-tahun yang lepas, terutama di
India, iaitu kelapa yang dipecahkan dikumpul dan dikeringkan di bawah
matahari untuk dijadikan kelapa kering.
Palanivel yang juga Presiden MIC berkata kelapa kering itu kemudian
dihantar ke kilang untuk minyaknya diekstrak.
"Tetapi ia tidak lagi diamalkan sekarang. Kelapa yang dipecah dikumpul
syarikat swasta dan dianggap sebagai bahan buangan yang dibuang di tapak
pelupusan.
"Cara yang betul untuk menyelesaikan masalah kelapa ini amat diperlukan
agar ia boleh dikitar semula untuk dijadikan pelbagai produk mesra alam,"
katanya kepada Bernama.
Palanivel berkata Jabatan Alam Sekitar kementerian akan meneliti perkara
itu.
"Kita akan mengkaji untuk mengeluarkan lebih banyak lesen untuk perniagaan
kitar semula. Seminar dan mesyuarat akan diadakan tidak lama lagi dalam
usaha menjadikan Malaysia sebagai negara mesra alam," katanya.
Beliau juga menggesa semua kuil Hindu dan jawatankuasa pengurusan agar
memikirkan cara untuk merealisasikan konsep hijau, terutama sempena
Thaipusam yang disambut pada 17 Jan, untuk mencapai budaya pemuliharaan dan
kelestarian alam sekitar.
Beliau juga menasihatkan orang ramai agar peka terhadap alam sekitar dalam
kehidupan mereka.
- Bernama
--
Posted By apa tu to Says Blog on 1/16/2014 05:49:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.