PARIT BUNTAR - Seorang gadis berusia 13 tahun menempuh detik hitam apabila
diculik dan dirogol empat lelaki di sebuah rumah kosong di Jalan Abdul
Raof, di sini, ketika pergi ke kedai runcit pada 15 Januari lalu.
Ketika kejadian, remaja berkenaan dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit
yang terletak beberapa meter dari rumahnya.
Kumpulan lelaki itu kemudian meninggalkan mangsa di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa
ditemui rakannya tidak memakai selipar dan pakaiannya berlumpur sebelum
dibawa balik ke rumah kakaknya.
“Mangsa pengsan sebaik sahaja tiba di rumah dan keluarganya membawa mangsa
ke Hospital Parit Buntar.
“Selepas sedar, remaja itu menceritakan telah dikejar empat lelaki ketika
menuju ke sebuah kedai runcit pada kira-kira jam 7.50 malam, hari kejadian.
“Mangsa mendakwa diculik dan dibawa ke sebuah rumah kosong berhampiran
premis cuci kereta dan dirogol kumpulan lelaki terbabit,” katanya pada
sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini.
Mat Fauzi berkata, polis menerima laporan daripada kakak mangsa kira-kira
jam 8 malam.
Menurutnya, siasatan polis di tempat kejadian menemui sekeping papan
mempunyai kesan darah dan ia dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan.
“Hasil tinjauan polis di lokasi kejadian mendapati kawasan di situ agak
semak, sunyi dan gelap. Rumah terdekat terletak pada jarak 20 meter,”
katanya.
Mat Fauzi berkata, seorang suspek dikenal pasti dan ditahan membantu
siasatan kes itu.
“Suspek berumur 22 tahun ditahan dan merupakan penduduk tempatan,"katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol
dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan hukuman
sebat. - SH
--
Posted By apa tu to Says Blog on 1/25/2014 01:37:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.