Gambar Hiasan
MUAR - Seorang kanak-kanak menempuh detik hitam bukan hanya dirogol dan
diliwat, tetapi menerima 18 jahitan di kemaluan akibat ditoreh dengan
senjata tajam apabila enggan melakukan seks oral, oleh lelaki yang
menculiknya di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku ketika murid berusia 10 tahun
berkenaan dalam perjalanan ke sekolah agama dengan menaiki basikal
bersendirian melalui jalan pintas dari rumahnya.
Mangsa diculik di lorong dalam kebun getah pada jarak kira-kira 150 meter
dari rumah penduduk.
Menurut sumber, mangsa didatangi lelaki berusia 37 tahun yang menariknya
masuk ke dalam kereta sebelum dilarikan.
"Mangsa dibawa ke tempat pembuangan sampah lalu dirogol dan diliwat dalam
kereta tersebut.
"Seorang pekebun ternampak mangsa diculik tetapi tidak sempat menghalang
kerana kejadian berlaku dengan pantas," katanya.
Sumber berkata, pekebun itu mencatat nombor pendaftaran kereta suspek
sebelum menghubungi pihak polis.
Katanya, suspek berjaya diberkas kira-kira jam 5 petang kelmarin semasa
berhenti di sebuah stesen minyak dipercayai untuk mengisi minyak.
Dalam pada itu, seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata,
jalan pintas itu sememangnya sunyi kerana dikelilingi kebun getah.
"Tetapi penduduk tidak ada pilihan lain kerana laluan itu mempercepatkan
perjalanan hantar anak ke sekolah serta turut digunakan mangsa setiap
hari," katanya. -SH
--
Posted By apa tu to Says Blog on 1/30/2014 05:06:00 pm
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.