Berita terkini yang tersebar dalam aplikasi Whatsapp dan facebook tentang
pergelangan tangan seorang guru putus dipotong kerana memulas telingas anak
murid. Kejadian ini dikatakan berlaku di Negeri Sabah.
hahaha... sebenarnya berita tersebut adalah palsu... mungkin berita
tersebut direka untuk menakut-nakutkan guru supaya tidak menghukum
sewenag-wenangnya.
Cerita sebenar dari theborneopost.com, adalah tentang seorang lelaki putus
tangan kena libasan parangnya sendiri
KOTA SAMARAHAN - Ibarat 'senjata makan tuan,' seorang lelaki putus
pergelangan tangan kiri selepas terkena parangnya sendiri ketika mengamuk
di sebuah rumah di Sadong Jaya, dekat sini lewat petang kelmarin.
Dalam kejadian itu, mangsa, 27, bersama seorang rakannya pergi ke rumah
terbabit di Kampung Pelanduk Laut, sekitar jam 6.30 petang.
Difahamkan, mangsa dan rakannya yang bersenjatakan parang mengamuk di rumah
berkenaan, namun berjaya dihalang oleh tuan rumah serta memujuk kedua-dua
mereka untuk menyerahkan parang kepadanya.
"Dua lelaki itu berjaya dihalang dan parang yang digunakan juga telah
dirampas.
"Tetapi semasa kedua-dua mereka dibawa keluar dari rumah, tuan rumah tadi
bertindak melibas parang yang dirampas ke arah mangsa menyebabkan
pergelangan tangan kirinya putus ketika cuba mengelak," kata sumber.
Ekoran kecederaannya, mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum
dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.
Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh kedua-dua pihak.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern semasa dihubungi
mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.
"Kita ada menerima laporan berhubung kejadian dan mangsa yang parah juga
telah dikejarkan ke HUS untuk rawatan segera," katanya.
Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 dan Seksyen 506
Kanun Keseksaan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan
kecederaan menggunakan senjata, lapor Terengganu Today.
Manakala mangsa dan rakannya pula disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun
Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah," jelas Lee.
--
Posted By apa tu to Says Blog on 2/08/2014 02:46:00 am
--
GudangMedia || MEDIA - Bertukar Informasi ||
-
Site Milis:
http://groups.google.com/group/gudangmedia
Blog:
http://gudangmedia.blogspot.com
Facebook Page:
http://www.facebook.com/MilisGM
Twitter:
http://twitter.com/MilisGM
Donasi:
http://pendek.in/0xn7
-
---
Anda menerima pesan ini karena Anda berlangganan grup "GudangMedia" dari Grup Google.
Untuk berhenti berlangganan dan berhenti menerima email dari grup ini, kirim
email ke gudangmedia+berhenti [email protected] .
Untuk opsi lainnya, kunjungi https://groups.google.com/groups/opt_out.