--- In [email protected], perakan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

Oleh: ZULKIFLEE BAKAR (Wartawan Utusan)
Esok merupakan hari bersejarah bagi penduduk Kota Bharu, Kelantan 
apabila bandar tersebut akan diisytiharkan sebagai bandar raya Islam -
 satu impian yang dicita-citakan oleh kerajaan negeri pimpinan Pas 
sejak tahun 2003 lagi.

Majlis pengisytiharan berkenaan akan disempurnakan oleh Sultan 
Kelantan dalam satu majlis penuh bersejarah di Stadium Sultan Mohamed 
Ke-IV, Kota Bharu.

Sebenarnya, biarpun Kota Bharu akan diisytiharkan sebagai bandar raya 
tetapi ia bukanlah setaraf Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh atau Kuala 
Lumpur. Pengisytiharan ini hanya melibatkan perubahan nama sahaja 
seperti mana Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah dan 
Langkawi Bandaraya Pelancongan.

Ini bermakna Kota Bharu tidak terikat dengan syarat yang ditetapkan 
oleh kerajaan pusat bagi melayakkan sebuah bandar diiktiraf sebagai 
bandar raya.

Justeru tidak perlu mana-mana pihak membangkitkan lagi soal layak 
atau tidak Kota Bharu diisytiharkan bandar raya kerana ternyata ia 
tidaklah melanggar apa-apa peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan 
Pusat.

Apa yang lebih penting kini, apabila pengisytiharan itu dilakukan 
secara rasmi esok, maka bermula tanggungjawab berat kerajaan negeri 
pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memastikan 
situasi di Kota Bharu setaraf dengan imej sebagai bandar raya Islam.
 
Setakat ini tidak dapat dinafikan bahawa banyak perkara telah 
dilakukan oleh kerajaan negeri bagi memastikan kemungkaran tidak 
menghiasi bandar berkenaan.

Ia termasuklah menutup pusat-pusat hiburan dan melarang penjualan 
arak kepada umat Islam serta mewajibkan wanita yang hendak bekerja 
memakai tudung.

Namun begitu, ukuran bandar raya Islam bukan sekadar itu sahaja, 
masih terdapat perkara-perkara yang perlu diberi perhatian serius 
oleh kerajaan negeri terutamanya dari segi kebersihan dan 
menghapuskan gejala sosial yang didakwa masih berleluasa.
 
Tetapi pada masa yang sama, kita juga harus memahami bahawa kerajaan 
negeri mungkin hanya berkuasa menyeru dan menguatkuasakan peraturan 
sahaja. Jadi apa yang lebih penting ialah meningkatkan kesedaran 
individu itu sendiri terutamanya penduduk Kota Bharu.

Para penduduk berkenaan perlu bersedia untuk memberi kerjasama bagi 
memastikan matlamat bandar raya Islam ini benar-benar tercapai dan 
bukan sekadar menjadi slogan sahaja.

Kerajaan negeri dikatakan sudah membuat perancangan yang rapi 
sehingga tahun 2015 untuk memastikan Kota Bharu wujud sebagai sebuah 
bandar raya Islam. Niat yang baik ini perlu disokong dengan 
pelaksanaan yang betul kerana apa pun perancangan tidak akan berjaya 
selagi ia diselitkan dengan unsur-unsur politik.//UM 30 Sept

http://groups.yahoo.com/group/perakan








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the 
posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the 
contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal. 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke