Puasa ajar berjuang tegak agama Allah
Friday, September 30 @ 23:21:31 MYT


MARANG, 30 Sept (Hrkh) – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, puasa mengajar kita supaya menjadi orang beriman yang bersedia untuk berjihad dan berjuang bagi menegakkan agama Allah.

Ini, katanya kerana apabila kita menegakkan agama Allah akan menjadikannya lebih mahal daripada duit, makan minum dan segala nikmat dunia.

“Tidakkah apabila berpuasa, kita meninggalkan nikmat dunia kerana taat kepada Allah, kerana menunaikan perintah agama, mengajar kita bahawa agama Allah lebih mahal daripada makan minum, lebih mahal daripada nikmat dunia?” ujarnya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Rusila, hari ini.

Sehubungan itu, katanya orang yang dididik dirinya oleh puasa Ramadhan tidak akan menjual agama dengan wang, makan dan minum.

Ini, tambahnya kerana menegakkan agama lebih penting daripada segala-galanya.

“Puasa mengajarnya taat kepada Allah walaupun lapar dan dahaga supaya dia menegakkan Islam walaupun dalam keadaan susah, dalam keadaan tekanan hidup, bersedia untuk sabar,” katanya lagi.

Beliau menambah, ini kerana seseorang itu menyedari bahawa sabar adalah ketahanan untuk mengajarnya menghadapi ujian kehidupan dunia ini dan menunaikan perintah Allah.

Justeru itu, katanya apabila tiba bulan Ramadhan, orang-orang yang beriman akan bergembira manakala golongan munafik dan kafir berdukacita.

Katanya, orang-orang yang beriman bergembira dengan kelebihan bulan itu kerana mengandungi fadhilat yang besar yang dikurniakan oleh Allah berbanding daripada bulan-bulan yang lain.

“Betapa ruginya mereka yang meninggalkan ibadat puasa, bukan sahaja meninggalkan ibadat puasa, dosa yang sangat besar dan sesiapa yang mempersenda-sendakannya menjadi kafir, murtad, wal’iyazabillah,” katanya.

Beliau berkata, adalah menjadi hikmat yang sangat besar Allah menjadikan hari-hari besar dalam bulan Ramadhan seperti Nuzul al-Quran, Lailatul Qadar, Peperangan Badar, pembukaan Mekah dan lain-lain.

“Marilah kita menghadapi bulan Ramadhan dengan iman yang benar, menerima dengan gembira, bersyukur dengan nikmat Islam yang dikurniakan oleh Allah dengan kita menunaikan ajaran Islam, mengajar diri kita bersabar untuk menunaikan ajaran Islam dan menegakkan Islam di bulan Ramadhan sehingga kita mencapai martabat taqwa yang dijanjikan oleh Allah,” ujarnya. – ayu

(teks penuh khutbah dalam Harakah cetak Jumaat ini)


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke