Tuesday, October 04 @ 11:40:08 MYT
DUNGUN, 4 Okt (Hrkh) Para peneroka di Felda Gugusan Kerteh, kira-kira 20 kilometer dari sini melahirkan kebimbangan dengan kegiatan meminum air ketum di kalangan remaja yang semakin berleluasa dan serius sejak kebelakangan ini.
Kebanyakan remaja yang sudah tamat persekolahan meminum air ketum secara berkumpulan tanpa mengira waktu di beberapa tempat tertentu yang agak terselindung daripada orang ramai.
Bagaimanapun, ada di kalangan mereka termasuk pemuda yang berusia sekitar 30-an meminum air ketum di kawasan rekreasi berhampiran padang bola sebagaimana yang berlaku di Felda Kerteh 2.
Tinjauan Harakahdaily mendapati plastik pembungkus air ketum yang sudah diminum bertaburan di sekitar kawasan itu.
Menurut beberapa peneroka di kawasan berkenaan, sekalipun pihak berkuasa membuat serbuan termasuk pernah disiarkan melalui satu rancangan dalam tv sebuah stesen swasta namun kegiatan itu sukar dihapuskan.
Tambah mereka, remaja yang terlibat dengan penagihan air ketum mulai beralih daripada menggunakan dadah sebelum ini termasuk pil kuda kerana harganya lebih tinggi.
Sehubungan itu, mereka berharap semua pihak yang terbabit dapat bekerjasama bagi membendung kegiatan tersebut daripada terus berleluasa yang bukan sahaja mengancam kehidupan masyarakat setempat tetapi juga masa depan remaja terbabit.
Seorang peneroka yang enggan identitinya dikenali memberitahu, pihak pembekal air ketum di sebuah Felda di situ menjalankan kegiatan itu kerana mudah mendapat daun ketum dari kawasan hutan sekitar Felda tersebut.
Apa yang membimbangkan, katanya, mulai tahun depan, para peneroka di kawasan itu mulai tanam semula yang menyebabkan remaja dan golongan muda tidak mempunyai pekerjaan dan sukar memperolehi pendapatan.
Buat masa ini mungkin mereka yang menagih air ketum boleh meminta wang daripada ibu bapa tetapi kalau tanam semula mulai tahun depan, sudah tentu para peneroka tiada lagi pendapatan tetap, ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Ini, katanya kemungkinan akan berlaku tindakan yang tidak sihat di kalangan penagih air ketum yang akan mengganggu suasana kehidupan para peneroka. KAM/ayu
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
| Malaysia florist | Florist malaysia | Malaysia flower |
| Malaysia flower shop | Malaysia calling card | Malaysia shipping |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "harakahdaily" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
