Bursa Saham tolak bajet 2006, buktikan kegagalan - Dr Rosli
Tuesday, October 04 @ 11:35:55 MYT


"Saya yakin, bursa saham membaca kelemahan besar yang ada dalam bajet itu, sebab itu dia menolaknya dengan penurunan indeks."

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Hrkh)- Penurunan Indeks Komposit Bursa Saham Malaysia semalam (Isnin), selepas perbentangan Bajet 2006 oleh Perdana Menteri, membuktikan penolakan terhadap belanjawan negara itu.

Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakub berkata, "Saya yakin, bursa saham membaca kelemahan besar yang ada dalam bajet itu, sebab itu dia menolaknya dengan penurunan indeks."

Dr Rosli memberikan tiga kelemahan ketara kepada belanjawan itu iaitu kegagalan Perdana Menteri untuk membuat cadangan bagi mengelakkan pembaziran, mengurangkan hutang negara dan membanteras korupsi.

"Tiga elemen ini sangat penting dan saya baca stock market membaca perkara ini dan menolak bajet itu," kata beliau kepada Harakahdaily.

Bursa Malaysia semalam mencatatkan penurunan indeks komposit sebanyak 0.24 peratus.

(Bajet 2006 dibentangkan pada hari Jumaat dan urusniaga pada hari Isnin semalam adalah yang pertama selepas perbentangan bajet)

Menurut AFP, para penganalisis memberi dua sebab iaitu bom yang berlaku di Bali dan Bajet 2006 yang tidak memberikan cara yang jelas untuk mengurangkan inflasi yang tinggi di Malaysia sekarang.

Menurut Dr Rosli, kegagalan bajet itu memberikan langkah-langkah untuk mengurangkan pembaziran dilihat oleh bursa saham sebagai kelemahan kerana ia telah disebut dalam laporan Ketua Audit Negara sebelum ini.

Kegagalan kerajaan memberikan langkah untuk mengurang hutang dalam dan luar negara hingga ke tahun ke 8 kini juga satu yang tidak boleh diterima.

"Kerajaan juga dilihat tidak serius membanteras rasuah apabila tidak ada langkah-langkah ke arah itu dicadangkan misalnya memastikan semua tender kerajaan dibuat secara terbuka," katanya.

Bagi beliau, cadangan Belanjawan 2006 yang dikemukakan oleh PAS sebelum ini agar Badan Pencegah Rasuah (BPR) diletakkan di bawah Parlimen nampaknya tidak disentuh langsung oleh Perdana Menteri.

"Padahal ini salah satu cara untuk menunjukkan kerajaan serius mahu membanteras rasuah," kata beliau.

Pada hari Rabu 28 September lepas, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar telah membentangkan saranan Belanjawan Alternantif untuk dipertimbangkan oleh kerajaan sebelum Bajet 2006 dibentangkan oleh Perdana Menteri.

Langkah-langkah fiskal yang dicadangkan dalam saranan bajet itu adalah berpaksikan kepada empat objektif utama iaitu:

· Menjana pertumbuhan ekonomi yang sederhana tetapi lestari bersesuaian dengan suasana dan perkembangan ekonomi global.

· Menjana suasana ekonomi yang mampu meringankan beban hidup rakyat melalui pelaksanaan strategi yang membawa kepada kestabilan harga barangan dan perkhidmatan dan kestabilan kuasa beli.

· Memantapkan pertumbuhan sektor swasta sebagai enjin utama pertumbuhan ekonomi.

· Menjana suasana yang kondusif bagi meningkatkan daya saing negara melalui peningkatan aktiviti inovasi, produktiviti dan peningkatan kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) diperkuatkan pula oleh pengurangan dalam kos menjalankan perniagaan (costs of doing business).
-ZS

VCD - Atasi Godaan Syaitan Melalui Doa:
VCD ini1 berbentuk cerita animasi (kartun) sebuah keluarga Islam yang amat menghiburkan, yang mana seorang ibu mengajar anaknya dari masa ke semasa doa seharian. Disamping menghiburkan ianya dalam masa yang sama mengajar anak-anak membaca doa dan menghafalnya.

[Klik Sini Belian Online]



Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke