Oleh : N. Ahmat [EMAIL PROTECTED] Setiap kali melalui kawasan perindustrian Sungai Gadut selepas waktu pejabat, maka ramai yang tidak akan terlepas dari menghidu bau yang kurang menyenangkan di kawasan perindustrian yang berhampiran dengan pejabat operasi Petronas. Saya berpendapat baunya disyaki datang dari kilang papan dan kilang perabot yang menggunakan gam kayu dalam proses pengeluaran produk mereka.
Gam kayu yang mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan ini, adalah merupakan bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan kepada sesiapa sahaja yang menghidunya. Kesan tersebut mungkin datang dengan kadar yang cepat dan mungkin juga dengan kadar yang lambat. Ianya bergantung kepada tahap pendedahan yang di alami oleh setiap individu lebih-lebih lagi pekerja-pekerja di kilang berkenaan yang secara langsung menghidunya setiap hari. Rata-rata pekerja di kilang berkenaan merupakan pekerja tempatan dan pekerja asing yang menjalankan kerja-kerja rutin di bahagian pengeluaran. Di samping itu juga, dapat diperhatikan parit tepi jalan yang berdekatan penuh dengan sisa bahan kimia yang juga datang dari kawasan perindustrian tersebut. Apa yang membimbangkan ialah kawasan berkenaan berdekatan dengan kawasan estet perumahan dan juga terdapat beberapa buah gerai makanan yang menjadi tumpuan pekerja-pekerja kilang dan juga pemandu-pemandu lori. Justeru, selaku individu yang turut terlibat dalam pengamalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, saya berpendapat perkara ini perlu di pandang serius kerana ianya boleh menjejaskan kesihatan orang ramai. Oleh yang demikian, saya menyeru Exco di kawasan berkenaan untuk turun padang dan mendengar keluhan penduduk serta melihat nasib pekerja tempatan dan pekerja asing yang bekerja dan tinggal di asrama kilang tersebut. Di samping itu, pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan mungkin boleh menyiasat sistem pembuangan sisa toksid, tahap perlepasan effluen dari sistem pengolahan air buangan dan juga tahap pelepasan udara dari cerobong di kilang berkaitan. Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Negeri Sembilan juga perlu terlibat dalam menyiasat dan mengenalpasti penyakit pekerjaan serta risiko kesihatan yang mungkin di terima setiap pekerja atau orang ramai yang lalu apabila terhidu bahan kimia berkenaan. Jika benar bahan kimia tersebut berbahaya kepada kesihatan, maka satu tindakan yang mungkin perlu di laksanakan dengan segera oleh pihak berwajib ialah dengan mengeluarkan arahan sementara kepada orang ramai yang melalui kawasan berkenaan seperti menutup tingkap kereta dan meletakkan papan amaran "Anda sedang melalui kawasan yang udaranya tidak sihat yang mengandungi bahan kimia" sementara menunggu siatan terperinci dilakukan. Jika perkara ini di tangani sewajarnya oleh JAS, JKKP dan EXCO yang terlibat, saya yakin masalah pencemaran akan dapat di atasi sepenuhnya di kawasan perindustrian berkenaan dan juga seluruh Malaysia amnya. Sikap mengambil tahu dan bertindak haruslah diamalkan oleh pihak bertanggungjawab dengan kerjasama masyarakat dan bukan hanya tunggu masalah dipaparkan dalam media cetak dan media elektronik barulah tindakan akan diambil apabila berlaku bencana yang menyebabkan kematian. Layari http://rozmal.blogspot.com ______________________________________________________ Yahoo! for Good Donate to the Hurricane Katrina relief effort. http://store.yahoo.com/redcross-donate3/ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Subscribe: [EMAIL PROTECTED] Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED] Digest message: [EMAIL PROTECTED] HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com PAS Homepage: http://www.parti-pas.org HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal. Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
