NEGARA ISLAM MADINAH-MEMBINA MASJID
Rujukan: Fiqh al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah, Haji Abdul Hadi Awang,
DPF, 1992, Jilid2

Hubungan manusia dan Allah SWT amat penting, oleh itu antara langkah
pertama Rasulullah s.a.w. apabila sampai di Madinah ialah mendirikan
masjid. Tegaknya masjid bermakna tegaknya syi'ar Islam yang penting
bagi menyediakan tempat bagi umat Islam mendirikan ibadah solat yang
merupakan tiang agama.

Masjid juga menjadi asas yang kukuh kepada pembinaan masyarakat dan
Negara Islam kerana keteguhan masyarakat Islam adalah berteraskan
kepada ikatan aqidah yang kuat dan pegangan yang teguh kepada ajaran
Islam. Ikatan yang teguh dan kukuh ini adalah bersumber dan terpancar
dari masjid yang penuh dengan keberkatan itu.

Masjid yang pertama dibina ini dinamakan Masjid Quba' yang ditegakkan
atas dasar taqwa dan ia menjadi dasar kepada penegakan masjid-masjid
lain kemudiannya. Mendirikan masjid juga adalah sebagai memenuhi
tuntutan setelah diberi kuasa oleh Allah SWT menegakkan Negara Islam
Madinah.

Masjid yang dididirikan mestilah benar-benar menambat hati agar
sentiasa mengingati Allah SWT walaupun dalam keadaan sibuk mana
sekalipun. Pembinaan masjid ini berdasarkan ajaran Islam yang syumul
di mana ia melibatkan semua kegiatan umat Islam dan negaranya. Masjid
dibina bukan semata-mata sebagai pameran tetapi ianya bertujuan
memimpin dan membentuk kegiatan sama ada di dalam mahupun di luar
masjid.

Rasulullah s.a.w. telah memilih tapak masjid Quba' di tempat baginda
berhenti dan turun dari unta ketika hijrah. Tanah yang dipunyai oleh
dua anak yatim dibeli dan dibersihkan serta dibongkar kubur musyrikin
yang kebetulan berada di situ. Pokok tamar ditebang dan tanah
diratakan kemudian Rasulullah s.a.w. sendiri mengangkat batu-bata
diikuti oleh para sahabat r.a.

Masjid yang didirikan ketika itu berdindingkan batu-bata diikat dengan
tanah liat, atapnya pelepah tamar dan tiangnya dari batang tamar.
Binaanya diteguhkan dengan dua tiang dari batu dan lantainya diperbuat
dari pasir dan batu-batu kecil. Qiblatnya menghadap kearah Baitul
Maqdis kerana belum lagi menerima perintah menukar arah qiblat. Di
tepi masjid didirikan rumah-rumah dan bilik-bilik umm al-mu'minin
isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Masjid juga menjadi tempat tinggal
ahli suffah dan orang-orang fakir dikalangan sahabat r.a.

Wallahu a'lam…

--
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan
Seluruh Alam"

Pak Ngah
http://pakngah70.blogspot.com/


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the 
posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the 
contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal. 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke