Bagus la tu ibadat-ibadat jugak, maksiat pun buat jugak... hebat sungguh ... nak duduk kat mana ni?...
-----Original Message----- From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of [EMAIL PROTECTED] Sent: Saturday, September 17, 2005 6:19 PM To: [email protected]; [email protected]; [EMAIL PROTECTED] Subject: [harakahdaily] Re: Mawi - "Saya Tidak Mahu Ibu Menangis Lagi". Assalamualaikum... InsyaAllah TG tak tersalah pilih. TG Nik Aziz bukan 'cucu ulama' sebaliknya beliau sendiri adalah seorang ulama. Mengapa kita nak mempersoalkan tindakan beliau memanggil Mawi, seorang artis yang tak tinggal solat (kalau tinggal pun di qada'kan), berpakaian menutup aurat, pandai mengaji dan berzanji dan berbagai lagi perkara baik tapi dalam masa yang saya kita biarkan artis yang songsang dan 'gersang' terus menguasai pasaran muzik tempatan. Kita rela biarkan CT Nurhaliza menjadi idola masyarakat. Kenapa kita tak usahakan Mawi pula jadi idola sekarang? Supaya dengan itu keadaan masyarakat akan berubah. Supaya ibu bapa lebih cenderung berkata "Jadilah macam Mawi" instead of "Jadilah macam Siti..." seperti mana kebiasaan sekarang. Orang yang beriya2 kutuk, apa yang anda dah buat untuk memperbetulkan Mawi dan apa yang anda dah buat untuk memperbetulkan masyarakat? InsyaAllah saya akan buat satu posting istimewa tentang Mawi jika berkesempatan. Bukan kerana saya peminat Mawi tapi kerana saya dan bosan dengan artis yang lain. Ingat telur ayam. Keluarnya dari lubang najis. Kadang2 bersalut tahi pula. Tapi kita basuh, masak dan makan isinya. Sedap dan berkhasiat. Mungkin AF3 tu seperti dubur ayam, tempat keluarnya telur tersebut, yang boleh kita reflekskan sebagai Mawi. Nasihat saya, nilaikan keadaan diri sendiri (muhasabah) terlebih dahulu sebelum nilaikan orang lain. Wassalamualaikum warahmatullah... - Abu Naqibah - ______________________________________________________________________ "Saya tidak mahu ibu menangis lagi" - MAWI. Posted by Nur Salsabila on 8/21/2005 10:42:35 PM Wawancara bersemuka wakil Siasah, Siti Zahra (19 Ogos-1 September 2005) dengan Mawi, antaranya tertumpu kesediaannya berdakwah melalui nyanyian. ...Ketika menemuramah Mawi, dia baru selesai membuat persembahan untuk meraikan wartawan media cetak dan elektronik, di Ampang. Kata-kata Mawi "world-world juga, akhirat jangan lupa" membuatkan saya terfikir mungkin ini tujuan mengapa Mawi serius menjadi penyanyi, dia mahu menampaikan mesej Islam kepada peminat dan artis lain. Soalnya mampukah anak muda memikul berat itu? SIASAH: Siapa Mawi sebelum menyertai AF3? MAWI: Saya hanyalah pemuda kampung yang suka menaiki motosikal mengelilingi kampung. Berkawan dengan mat rempit tetapi saya tidak pernah merempit. Sekali-sekala saya dipanggil menyanyi di majlis orang kahwin, berzanji untuk majlis cukur jambul dan mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran. Lama-kelamaan orang tua pun turut meminta saya mengajar mereka mengaji. Mulanya takut juga maklumlah saya muda daripada mereka. Tetapi saya fikir ini ibadah yang harus saya lakukan. Kerana kebolehan mengaji rakan sekampung memanggil saya ustaz rock. Saya suka berkaraoke dan bermain snooker serta bersilat. Bagaimana boleh menyertai AF3 sedangkan di rumah Mawi tiada Astro dan Mawi tidak pernah menonotn AF1 dan AF2? Rakan-rakan mendesak saya menyertai AF3 walaupun sebelum ini saya tidak pernah menontonnya. Saya cuma membaca di akhbar dan majalah kejayaan juara AF1 dan AF2. Keinginan saya kuat untuk membantu keluarga (terdiam dan menarik nafas panjang). Saya mahu keluar daripada belenggu kemiskinan dan membahagiakan ibubapa. Saya cuma ada bakat menyanyi yang dikurniakan Allah, apa salahnya saya mencuba. Alhamdulillah terpilih. Di AF bukan setakat mengenali rakan baru banyak ilmu saya perolehi. Saya belajar mengenali manusia yang boleh dibuat kawan atau mereka yang suka ambil kesempatan. Perubahan paling besar selepas bergelar Juara AF3? Perubahan paling nyata dari segi berpakaian. Jika dahulu dengan jeans lusuh dan kemeja T sudah mencukupi, tetapi kini saya perlu menjaga penampilan. Tetapi bukan bermakna saya berubah kerana Mawi masih sama sebelum atau selepas bergelar juara. Doakan saya tidak berubah. Tolong ye... Sesetengah pihak memandang serong pada Mawi. Mereka berkata Mawi boleh mengaji dan berzanji tetapi dalam masa sama memilih seni sebagai kerjaya? Biar apa orang lain kata, yang penting saya tahu apa yang saya lakukan. Siapa kata dengan menyanyi tidak boleh menyampaikan dakwah kepada orang ramai. Sebagai contoh, Raihan, Rabbani dan Waheeda menyanyi tetapi memilih lagu yang memberi kesan positif kepada pendengar. Asalkan niat kita ikhlas. Mawi tidak rasa bersalah kerana terpaksa menyentuh wanita bukan mahram dalam AF? Siapa kata tidak bersalah? Memang saya rasa sedih tambahan pula ibubapa melihat saya dalam Diari AF. Saya tidak mahu menari dengan artis wanita dan bersentuh dengan mereka. Tetapi saya terpaksa melakukan kerana sudah menyertai AF. Mungkin sebelum ini saya tiada gambaran bagaimana keadaan dalam AF kerana saya tidak pernah menontonnya. Persediaan Mawi menghadapi dunia hiburan yang penuh cabaran. Artis dikaitkan dengan dadah, arak dan seks. Mawi yakin tidak terjebak dengan gejala sosial? Sebenarnya saya sendiri takut menghadapi dunia seni penuh cabaran. Tetapi saya harus berpandangan positif dan menjadikan artis yang memperjuangkan irama nasyid sebagai idola. Pengaruh ada di mana-mana sahaja. InsyaAllah saya akan cuba menjadi diri saya seperti hari ini. Seperti yang saya katakan tadi yang penting hati. Bagaimana kehidupan Mawi dalam AF. Mawi ada masa membaca al-Quran dan menunaikan solat? Syukur alhamduliilah saya dapat menunaikan sembahyang dengan sempurna sepanjang di Akademi Fantasia dan membaca al-Quran, di samping mengikuti pembelajaran yang ditetapkan. Selepas ini jadual Mawi akan ketat dengan penggambaran majalah serta persembahan pentas. Bagaimana Mawi memastikan untuk tidak meninggalkan solat? Tiada masalah untuk bersembahyang kerana setiap sesi fotografi yang saya hadiri di pejabat penerbitan, ada surau. Begitu juga dengan persembahan pentas disediakanbilik, tiada alasan meninggalkan solat. Kecuali jika keadaan tidak mengizinkan. Difahamkan empat jam sebelum konsert akhir bermula semua pelajar dikehendaki ada di belakang pentas untuk persiapan terakhir. Mawi sempat menunaikan solat maghrib? Saya akui tidak sempat bersolat Maghrib kerana saya disolek awal dan terpaksa menjalani latihan. Di belakang pentas langsung tiada ruang dan suasana sangat bising. Kesal juga kerana terpaksa meninggalkan solat tetapi selepas saya qada' semula. Kenapa Mawi tidak mahu menjadi Siti Nurhaliza yang menolak untuk tidak bergambar dengan artis lelaki? Kenapa Mawi sudi dipasangkan dengan Marsha atau Amylea? Saya cuma bergambar dengan pelajar AF yang saya sifatkan sahabat baik saya. Kalau ikutkan hati memang saya tidak mahu tetapi memikirkan mereka sahabat saya dalam AF saya teruskan juga. Dengan artis wanita saya cuba elak. Saya tidak mahu ibu bapa menagis melihat gambar saya dalam majalah. Sudahlah sebelum ini pelbagai cerita diselongkar, termasuk cerita peribadi saya. Cukuplah mereka mengaut keunutngan dengan kisah peribadi saya. Mungkin ada ayat tertentu yang Mawi amalkan untuk menghilangkan gugup dan gentar sebelum konsert? Saya cuma membaca Bismillah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Tidak takutkah dengan harapan masyarakat yang menjadikan Mawi idola mereka? Saya hanya insan kerdil. Saya takut orang meletakkan harapan terlalu tinggi sedangkan saya ini bukanlah baik sangat. Saya masih sama, Mawi dulu. Saya bimbang disanjung tetapi kalau silap sedikit, akan buruk dan dan menjatuhkan nama baik saya dan keluarga. Sebelum ini apa sahaja musibah saya sabar melaluinya. Saya tidak pernah terfikirbenda ini, rezeki daripada Allah dalam masa 3 bulan di AF semua berubah sekelip mata. Tuhan Maha Kaya mahu tunjukkan orang yang selama ini dengki dengan saya dan keluarga saya tetapi kami banyak bersabar apabila keluarga dihina. Apa yang saya buat hari ini adalah untuk mereka, untuk mak dan abah. Saya mahu mereka senang. Mereka sudah tua biarlah mereka hidup senang sekarang. Sekarang apabila popular ramai saudara mara datang ke rumah di Taib Andak. Kasihan ibubapa saya terpaksa melayan mereka. Siapa idola Mawi? Dalam nyanyian saya kagum dengan Yasin kerana membawakan lagu-lagu dakwah. Dalam penyiaran saya suka cara Isma Halil menjadi penyampai untuk THR.fm. Dia banyak menggunakan kata semangat untuk orang Melayu. Kata-kata daripada hati. Dia juga memberi kesedaran kepada saya mengenai nasib orang Melayu yang mudah dipijak bangsa lain. Saya sedar dan saya harus melakukan sesuatu untuk mengeluarkan orang Melayu daripada terus lupa. Subscribe: [EMAIL PROTECTED] Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED] Digest message: [EMAIL PROTECTED] HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com PAS Homepage: http://www.parti-pas.org HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal. Yahoo! Groups Links ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Subscribe: [EMAIL PROTECTED] Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED] Digest message: [EMAIL PROTECTED] HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com PAS Homepage: http://www.parti-pas.org HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal. Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
