Menurut sesetengah pendapat ada seorang wanita turut serta bersama 12 lelaki namanya Afra' binti Ubaid bin Tha'labah maka dinamakan Bai'atun Nisa'.
On 9/28/05, Pak Ngah <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > BAI'AH AQABAH YANG PERTAMA(BAI'ATUN NISA') > RUJUKAN: FIQH AL-HARAKAH DARI SIRAH NABAWIYYAH, OLEH HAJI ABDUL HADI > AWANG, 1988, DPF, JILID 1 > > Sebelum hijrah iaitu pada tahun ke-12 selepas Nubuwwah, rombongan dari > Yathrib(Madinah) datang yang terdiri dari 10 orang Aus dan 2 orang > khazraj. Mereka adalah Mu'az bin Harith, Zakuan bin Abdul Qais, Ubadah > bin al-Samit, Yazid bin Tha'labah, al-Abbas bin Ubadah Nadlah, As'ad > bin Zurarah, Auf bin al-Harith bin Rifa'ah bin Afra, Rafi bin Malik > bin Ajlan, Qhutbah bin Amir bin Hudaidah, Uqbah bin Amir bin Nabi dari > puak Aus sementara Abu al-Haitham bin al-Taihan, Uwaim bin Sa'idah > dari khazraj telah datang menemui Rasulullah s.a.w. di Aqabah Mina dan > berbai'ah dengan suatu bai'ah yang dikenali dengan Bai'atun Nisa'. > > Bai'ah Aqabah yang petama ini dikenali sebagai Bai'atun Nisa'(bai'ah > kaum wanita) kerana di dalamnya tiada hubungan dengan peperangan > kerana peperangan belum lagi diizinkan ke atas umat Islam. > > "Dari Ubadah bin al-Samit r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda > kepada kami ketika ia dikelilingi oleh beberapa orang sahabatnya > "Berbai'ahlah (berjanji setia) kepadaku bahawa kamu tidak menyekutu > Allah SWT dengan sesuatu yang lain, tidak mencuri, tidak berzina, > tidak membunuh anak-anak kamu, tidak berbohong yang sengaja diadakan > sama ada pada dirimu atau orang lain dan jangan kamu derhaka dalam > perkara baik. Maka sesiapa yang setia dikalangan kamu maka ganjarannya > disisi Allah, dan sesiapa yang terkena kepadanya amalan-amalan buruk > lalu ia menerima tindakan hukuman di dunia maka menjadi kifarah > baginya. Sesiapa yang terkena kepadanya dengan mengerjakan > perkara-perkara itu kemudian Allah SWT melindunginya dari diketahui > oleh orang di dunia ini maka tersershlah kepada Allah. Jika Ia > kehendaki nescaya diampuniNya dan jika Ia kehendaki nescaya dihukumNya > lalu kamu pun berbai'ah di atas perkara ini" > (Hadith Sahih: Imam al-Bukhari) > > Mereka bukan sekadar melafazkan ikrar dua kalimah Syahadah telah > menerima hukum yang menjadi asas penting bagi pembinaan individu dan > masyarakat dari aspek aqidah, akhlak dan perlaksanaan Islam di dalam > semua bidang. > > Kepulanag mereka ke Madinah diiringi utusan Rasulullah s.a.w. iaitu > Mus'ab bin Umair r.a. yang dipertanggungjawabkan mengajar al-Quran dan > ajaran-ajaran Islam. Mus'ab bin Umair tinggal bersama As'ad bin > Zirarah, beliau bertindak sebagai guru, imam dan pendakwah dengan > cemerlang dan terkenal dikalangan penduduk Madinah sebagai Muqarri. > > Mus'ab bin Umair telah berjaya meneruskan dakwahnya dikalangan Ansar > dan pulang ke Makkah sebelum tiba musim Haji tahun ke-13 selepas > Nubuwwah. Mus'ab bin Umair gugur sebagi Syuhada' dalam peperangan > Uhud. > > (selepas ini kita akan melihat Bai'ah Aqabah ke-2, Selepas berlakunya > dua bai'ah ini barulah Rasululah s.a.w. dari para sahabat r.a. > berhijrah ke Madinah) > > -- > "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan > Seluruh Alam" > > Pak Ngah > http://pakngah70.blogspot.com/ > -- "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam" Pak Ngah http://pakngah70.blogspot.com/ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Subscribe: [EMAIL PROTECTED] Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED] Digest message: [EMAIL PROTECTED] HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com PAS Homepage: http://www.parti-pas.org HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal. Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/harakahdaily/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
