Hiburan: Johor akan ikut Kelantan
Thursday, December 15 @ 15:42:03 MYT


Oleh Salman Hussin
JOHOR BAHRU, 15 Dis (Hrkh) – Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) telah pun merangka satu garis panduan berkaitan hiburan menurut perspektif Islam yang dijangka akan dpat dilaksanakan di negeri ini menjelang tahun depan.

Perkara ini telah pun diputuskan pada mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Johor dan akan dimajukan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi mendapat kelulusan.
Sekiranya dipersetujui peraturan tersebut akan diwartakan dan seterusnya dilaksanakan di negeri ini pada tahun 2006, kata Pengerusi Agama, Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inivasi Negeri Johor, Haji Zainal Abidin Haji Osman, dekat sini.
Beliau berkata demikian semasa menjawap soalan bertulis Dr Mohd Ramli Md Kari (PAS-Senggarang) pada persidangan DUN Johor yang diadakan di Bukit Timbalan dekat sini, baru-baru ini.
Dr Ramli dalam soalannya ingin tahu sama ada Kerajaan Johor bercadang untuk mengambil pendekatan yang telah dilakukan Kerajaan Kelantan dalam pelaksanaan konsert hiburan di negeri ini.
Menurut Dr Ramli, hiburan adalah sebahagian dari aspek kehidupan manusia, Islam yang merupakan agama fitrah tidak menolak elemen hiburan dalam kehidupan seseorang muslim.
Walau bagaimana pun bentuk dan cara pengendalian hibuan itu mestilah selari dengan batasan yang telah digariskan oleh Islam, antaranya larangan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
Selain itu katanya lagi, bentuk hiburan pula hendaklah yang tidak melalaikan kita dari melakukan tanggungjawab agama yang wajib seperti sembahyang dan senikata lagu juga mestilah mempunyai elemen pendidikan, pengajaran serta menjurus ke arah kebaikan semata-mata.
"Inilah contoh hiburan Islam yang telah direalisasikan oleh Kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, melalui penganjuran konsert Tautan Kasih yang telah diadakan di Kota Bharu tidak berapa lama dulu.
"Konsert ini telah berjaya mengenengahkan model hiburan menurut Islam yang sebelum ini tidak pernah ditonjolkan oleh mana-mana pihak," katanya.
Apa yang menariknya jelas Dr Ramli lagi, konsert dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak secara berjamaah selain penonton diasingkan antara lelaki, perempuan dan berkeluarga sementara lagu-lagu yang dinyanyikan pula bertemakan nasihat dan pendidikan.
-zs


Yahoo! Cars NEW - sell your car and browse thousands of new and used cars online search now


Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke