Khir Toyo jangan buat-buat hairan - Idris                            
                         
                        
                                       Abdul Aziz Mustafa      
         Sat | Jan 20, 07 | 08:54:08 AM                        KUALA LUMPUR, 20 
Jan (Hrkh) - Para pemimpin kerajaan dipersoalkan adakah mereka tidak malu 
kepada rakyat apabila menuding jari menyalahkan orang lain atas kesalahan yang 
berpunca dari tindakan mereka sendiri.

 
   
Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad menggesa Menteri Besar Selangor, 
Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menghentikan kenyataan yang memperbodohkan 
rakyat.

 
  
Menteri Besar itu hairan dengan kewujudan terlalu banyak pusat hiburan di 
Selangor meminta Yang Dipertua (YDP) pihak berkuasa tempatan (PBT) menyatakan 
10 alasan kenapa banyak lesen diluluskan berbanding perniagaan lain.

 
  
"Jangan buat-buat hairan. Setakat mana sangat kuasa YDP PBT? Mereka hanya 
pelaksana. Undang-undang siapa buat? Umno buat undang-undang yang bagaimana 
sehingga perkara itu boleh terjadi?"

 
  
"Lebih dari itu, perlantikan ahli-ahli majlis PBT di Selangor siapa yang 
luluskan?" Idris  mempersoalkan.

 
  
Beliau bertanya Menteri Besar itu, "tindakan tidak bertamadun merobohkan rumah 
setinggan seperti di Kampung Berembang serta merobohkan masjid dan surau di 
Selangor atas restu dan keizinan siapa?"

 
  
Menurut Idris, pernah berlaku seorang pegawai PBT di Langkawi enggan meluluskan 
lesen penjualan arak tetapi terpaksa berbuat demikian atas arahan "pihak 
atasan".

 
  
Menteri Besar Selangor berkata, YDP perlu menyatakan alasan kenapa ada PBT yang 
meluluskan sehingga 70 lesen pusat hiburan dalam kawasan pentadbiran mereka.

 
  
 "Sebaliknya, proses kelulusan lesen kedai runcit mengambil tempoh lama, malah 
ada sesetengah permohonan ditolak mentah-mentah."

 
  
 "Saya musykil sebab banyak lesen karaoke, pusat urut, mesin judi diluluskan di 
Selangor. Sejak bila hiburan lebih penting daripada barang keperluan harian."

 
  
 "Agaknya, Yang Dipertua PBT selalu sakit kepala, ahli majlis pula sakit badan. 
Agaknyalah," katanya. 

                
---------------------------------
 The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address from 
your Internet provider.

Kirim email ke