Assalammualaikum wbt,
Artikel ini kena dgn masanya walaupun ia sepatutnya dikeluarkan awal dari itu
lagi.
Masalah ini sebenarnya sudah menjadi duri dlm daging sejak pentadbiran Tun
Dr. Mahathir.
Biarlah kita berterus terang sahaja agar permasalahan ni dapat terungkai
kerana setiap berlakunya sesuatu itu ada sebab nya.
Ini berdasarkan dari penyelidikan saya sendiri dan sahabat2 saya selepas
berbual atau bersembang dgn ramai org Melayu dimana2 saya singgah diseluruh
Malaysia kecuali di Kelantan dan Terengganu. Ini kerana org Kelantan dan
Terengganu tidak mempunyai penduduk India yg ramai. Kebykan mereka mempunyai
persepsi yg berbeza terhadap kaum India. Tetapi persepsi amat berbeza di Johor,
Selangor dan Kuala Lumpur atau di pantai barat amnya. Saya tak dapat pula
menemuramah org India pasal mereka amat sukar nak dirapati pun melainkan yg
berjiran atau setempat kerja. Walupun begitu untuk bertanyakan isu isu sebegini
amatlah sukar dan perlu berhati hati jugak agar kita tidak dituduh
perkauman.Jadi pandangan org Melayu sahajalah yg dpt saya perolehi. Tetapi saya
rasa tidak bezanya dgn kaum India pun melalui emel2 kaum mereka yg dpt saya
baca. Kebencian mereka terhadap org Melayu pun amat ketara jugak.
Asasnya hanyalah kepada 2-3 perkara sahaja yg menjadikan isu perkauman dua
kaum diMalaysia ini berlarutan dan saya berpendapat ia amat merbahaya untuk
tahun2 mendatang jika kerajaan tidak memainkan peranan untuk mengekangnya.
Kerajaan mungkin sudah mengetahui tetapi tindakannya tidak begitu berkesan
kerana yg jelas hanya org Melayu sahaja yg disuruh lebih bertolak ansur tetapi
tidak dipihak yg satu lagi.
Berikut adalah perkara2 asas yg menyebabkan isu2 ini menjadi duri dlm daging
dewasa ini;
1. Agama.
Org Melayu tidak menyenangi dgn sikap org India membuka kuil sesuka hati.
Kuil tidak diroboh jika ia jelas mengganggu sesuatu projek kerajaan tetapi
surau dirobohkan. Org Melayu yg Islam tentu berang kerana Islam agama yg
diredhai Allah sepatutnya diberi keutamaan.
Org Melayu menganggp org India samada Kristian atau Hindu begitu aktif dlm
memurtadkan org2 Melayu terutamanya gadis2 Melayu.
Dari emel2 kaum India yg saya baca pun begitu jugak. Mereka tidak menyenangi
masjid2 melaungkan azan. Ini semua berpunca dari hasutan pendita2 agama dari
luar negara jugak terutamanya Kristian dan Hindu yg menghasut agar mereka
menimbulkan isu2 sebegini untuk memporakperandakan negara kita ini. Sepatutnya
kerajaan bertegas dgn kumpulan2 sedemikian.
Org2 Melayu melihat pelampau2 Hindu atau Kristian yg menular (kebanyakan
terpengaruh dgn hasutan pihak luar ini) dinegara kita tidak pula diambil
tindakan. Hanya org2 Melayu sahaja yg dilabelkan pelampau dan dikenakan
tindakan ISA.
2. Pilih kasih
Org Melayu menganggap semasa pemerintahan Dr.Mahathir, beliau lebih
mengutamakan kaum India kerana org Melayu menganggap beliau keturunan India
mamak dan org2 Melayu seolah olah ditekan kecuali segelintir disekeliling
beliau. Contohnya bila mana Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap dan dianiaya.
Juga betapa ramai org Melayu ditahan polis semasa demonstrasi aman di KL dulu.
Org Melayu menganggap maruah mereka cukup tercemar dan tercalar dlm isu Anwar
Ibrahim ini.
Org Melayu menganggap mereka sudah hilang taring manakala kaum India naik
tocang.
Org India pula jugak sebegitu dgn menganggap kaum mereka tidak diberikan
layanan yg baik sedangkan betapa ramai kaum India yg menjadi jutawan dan juga
bilionaire (Ananda Krishnan)
3.Jenayah
Org Melayu menganggap org India lebih angkuh sejak kes Anwar Ibrahim bila
mana ramai dari mereka terang2an melakukan banyak jenayah yg byk dilakukan
terhadap org Melayu. Ini memang banyak berlaku dan saya melihat sendiri
bagaimana kaum India dari golongan muda tidak menghormati org2 Melayu. Ini amat
menghiris perasaan org Melayu.
Org Melayu tetap menganggap mereka sebagai tuan tanah di Malaysia ini dan
kaum2 lain mestilah menghormati mereka kerana mereka asalnya kaum mendatang.
Walau bagaimanapun hormat menghormati perlu antara semua kaum agar insiden
buruk tidak terjadi.
Kemerdekaan Malaysia tidak menggadaikan hak ketuanan org Melayu ditanah asal
org Melayu ini dan ini perlu difahami oleh kaum Cina dan India.
Setengah2 org Melayu menganggap lantaran dari itu kaum India perlu diajar
agar lebih menghormati kaum Melayu.
Kita tidak mahu insiden seperti 13 Mei 1969 berulang. Kerajaan mestilah
bertegas dgn semua kaum bukan terhadap satu kaum sahaja agar keadilan nampak
terpancar. Kaum2 lain hendaklah akui yg org Melayu adalah tuan atau peneraju
diMalaysia dan peluang mereka untuk hidup aman damai dan maju tidak pula
disekat.
Saya melihat Singapura lebih berjaya dalam integrasi tiga kaum terbesar ini
kerana Malaysai dan Singapura byk persamaannya. Cuma bezanya kaum Cina memegang
tampuk pemerintahan tetapi kepentingan asas kaum2 lain tidak pula diabaikan.
Bukan saya pro Singapura tetapi saya menganggap tidak salah meniru yg baik dari
negara jiran itu. Kuil2 pun tidak dibenarkan didirikan sesuka hati. Maka ianya
nampak teratur dan sensitiviti penganut agama lain pun lebih terpelihara.
Saya melihat adanya perubahan dlm pembinaan kuil yg lebih teratur bersesuaian
dgn jumlah kaum India dan lokasinya sejak Abdullah Badawi mentadbir Malaysia yg
mana ianya tidak lagi didirikan sesuka hati seperti era Dr.Mahathir dulu. Tidak
semua perkara semasa pentadbiran Abdullah Badawi itu buruk. Kena diakui jugak
jika adanya kebaikan.
Saya mintak maaf kalau ada yg tersilap, agak pedas atau tersinggung tetapi
sudah sampai masanya kita berterus terang sahaja dari ia menjadi bengkak yg
akhirnya menjadi nanah yg amat busuk baunya, agar kita lebih mudah mencari
penyelesaiannya.
Wallahualam.
Mai Izz <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Konflik kaum Melayu-India membimbangkan
07-02-2007 08:27:51 PM
Oleh SA¡ÇODAH ELIAS (source: mStarOnline)
PUTRAJAYA: Konflik antara kaum di kalangan anggota masyarakat Melayu dan
India menunjukkan trend tidak sihat dengan kadar kes yang direkodkan meningkat
41% antara 2005 dan 2006, kata Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Hassan.
Keadaan ini membimbangkan jabatan berkenaan kerana kadar peningkatan konflik
antara kumpulan kaum Melayu-Cina atau Cina-India bagi tempoh yang sama hanya
berada di tahap 5% atau lebih rendah.
Azman Amin berkata, daripada 20 ¡Èkawasan panas¡É yang dikenal pasti di
seluruh negara, sebahagian besarnya terletak di Lembah Kelang dan kerap
membabit dua kaum ini.
¡ÈKita bimbang kerana di kebanyakan kawasan ini, termasuk Kampung Medan di
Petaling Jaya, Desa Tun Razak di Cheras dan Hulu Pudu, Kuala Lumpur, tahap
perpaduan dan kesefahaman antara kedua-dua kaum ini sangat rapuh.
¡ÈPergeseran, malah pergaduhan, boleh tercetus daripada hal yang kadangkala
sangat remeh seperti perlanggaran motosikal antara mereka dan usik-mengusik di
kalangan anak-anak muda dan gadis yang berlainan bangsa.
¡ÈMisalnya kes pergaduhan antara Melayu dan India terbaru di Cheras, berpunca
daripada tindakan seorang pemuda Melayu mengusik seorang gadis India.
"Kejadian yang remeh itu boleh menjadi isu besar sehingga berakhir dengan
pergaduhan antara sekumpulan masyarakat Melayu dan India di kawasan itu,¡É
katanya kepada mStar Online hari ini.
Azman Amin berkata beberapa kajian telah dijalankan oleh pelbagai pihak,
termasuk oleh ahli-ahli akademik dari universiti tempatan bagi mengenal pasti
punca keadaan ini berlaku, lebih-lebih lagi berikutan ketegangan kaum di
Kampung Medan, Petaling Jaya pada 2001.
Daripada kajian-kajian itu, katanya, beberapa faktor penyebab masalah ini
yang dikenal pasti termasuk kemiskinan, tahap pendidikan yang rendah, perebutan
sumber, ketiadaan kemudahan asas menyebabkan penduduk hidup dalam keadaan tidak
selesa dan cepat marah, dan juga masalah sosial seperti penagihan dadah,
alkoholisme, lumba haram dan kegiatan jenayah seperti gangsterisme.
¡ÈAda juga pihak yang mengatakan bahawa keadaan yang menjadi semakin buruk
sejak 2005 itu juga mempunyai kaitan dengan pendedahan keterlaluan kaum India
kepada drama dan filem Tamil yang banyak mengetengahkan unsur keganasan.
¡ÈPerkara ini juga akan kita ambil kira dalam kajian mendalam yang akan kita
jalankan tidak lama lagi bagi mengenal pasti punca-punca sebenar masalah ini
dengan kerjasama ahli-ahli akademik dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan
Melayu dan India.
¡ÈKajian kali ini tidak akan bersifat akademik, tetapi lebih mendalam dan
menyeluruh bagi membolehkan kita mencari penyelesaian proaktif yang kekal bagi
mengekang masalah ini,¡É katanya sambil menambah program yang dilaksanakan
sebelum ini, walaupun memberikan kesan positif, lebih bersifat reaktif.
Hasil kajian tahap kedua ini, katanya, akan digunakan sebagai garis panduan
bagi pembangunan penempatan baru dan kawasan penempatan sementara pada masa
akan datang.
Menurutnya, garis panduan itu penting kerana banyak kawasan penempatan baru
atau kawasan penempatan sementara di Lembah Kelang termasuk dalam senarai
¡Èkawasan panas¡É kerana beberapa faktor gagal diambil kira oleh pihak tertentu
sebelum kawasan itu dibuka dan penduduk dari pelbagai kaum dan pelbagai kawasan
dipaksa tinggal bersama.
Kajian mendalam, katanya, juga penting bagi mencari jalan memastikan semua
kaum utama di negara ini tidak terasa terpinggir dalam arus pembangunan perdana
negara, seterusnya membangkitkan rasa tidak puas hati dan mengeruhkan hubungan
kaum di negara ini.
Mengenai perkembangan di Kampung Medan, Azman Amin berkata, walaupun keadaan
semakin baik setelah banyak program diperkenalkan dan tindakan diambil bagi
memperbaiki keadaan sekeliling, ia kekal dalam senarai kawasan panas kerana
pergaduhan kecil terus berlaku dari semasa ke semasa.
¡ÈKita percaya keadaan ini masih wujud kerana sedikit rasa dendam, terutama
di kalangan golongan muda antara kedua-dua kaum itu. Bagaimanapun, kes-kes baru
ini tidak dirancang, tetapi mudah merebak apabila orang luar campur tangan,¡É
katanya.
---------------------------------
Windows Live OneCare Àµ¼°ÈÇȯ Ç䡪¡Ö¥¦¥¤¥ë¥¹Âкö+PC¥á¥ó¥Æ¥Ê¥ó¥¹¡×
90Æü´Ö̵ÎÁ»îÍÑÈÇ ¤òÇÛÉÛÃæ
---------------------------------
No need to miss a message. Get email on-the-go
with Yahoo! Mail for Mobile. Get started.