Muslimat digesa muafakat perkuatkan jemaah                            
                         
                        
                                       Roy Rasul      
         Tue | Feb 27, 07 | 09:08:26 AM                             KUALA 
LUMPUR, 27 Feb (Hrkh) – Ketua Muslimat PAS, Ustazah Azizah Khatib Mat berkata, 
sebagai anggota masyarakat golongan muslimat perlu mewujudkan suasana muafakat 
dan  kerjasama dalam setiap aktiviti, sama ada sebagai masyarakat umum atau  
dalam kehidupan sebagai anggota jemaah Islam.

  
 Katanya usaha tersebut penting kerana ia menunjukkan  kepada masyarakat 
sebagai jemaah yang mantap dan kukuh  hasil daripada semangat muafakat dan  
toleransi.

 
 Beliau yang berucap dalam ucapan aluannya di Seminar Pekerja Wanita anjuran 
Lajnah Buruh  & Peneroka  Bandar PAS Pusat dan Lajnah Hal Ehwal Parlimen & Dun 
(HepDun) DMPP, di Taman Melewar, 25 Februari lalu berkata, dalam Islam bukan 
saja dituntut supaya mewujudkan suasana harmoni dalam organnisasi tetapi 
membentuk juga pelbagai peningkatan keharmonian untuk pekerja.

 
 “Dalam prinsip Islam kita jangan mudah melatah  dan melenting apabila ditegur."

 
 “Muslimat hendaklah melatih diri mereka supaya sentiasa berani untuk 
menjelaskan dengan kebenaran dan sifat berani adalah satu daripada sifat yang  
perlu ada  pada setiap muslimin dan muslimat,” katanya.

 
 Sifat tersebut katanya, perlu ada terutamanya untuk mereka  yang terlibat 
dalam perjuangan Islam yang banyak  menghadapi rintangan cabaran. - mks.

  
 Nota: Bagi mempertingkatkan laman ini, kami amat mengalu-alukan sumbangan yang 
boleh disalur terus kepada akaun Maybank atas nama HARAKAHDAILY DOT COM 
(564070000336) 


                
---------------------------------
How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with 
Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos

Kirim email ke