MODAL MENJADI PENULIS HANDAL DAN BEST SELLER
Oleh Akh Habiburrahman el-Sirazy, Novelis Best Seller 'Ayat-Ayat Cinta' 

"Menulis itu gampang (mudah)!" spontan Us Habiburrahamn ketika menerima 
Anugerah Pena Nasional 2006 di Indonesia

Modal Satu: Niat yang ikhlas dan kuat serta kesungguhan yang terjaga

Menulis adalah kemahiran.
Ia mesti melalui proses pembelajaran yang berterusan.Tidak mengapa jika salah. 
Teruskan mencuba. Menulis dan menulis.
 
Modal Dua: Keberanian menulis dan mempublikasi hasil tulisan
Jangan putus asa menulis. Teruskan menghantar karya sehingga anda diterima 
pembaca.

Modal ketiga: Visi yang jelas.

Umpama tokoh Hadis- Imam Bukhari yang menulis hadis untuk dimanfaatkan bagi 
generasi Islam. Jadi, beliau sanggup berkorban dan komited dalam menulis dan 
mengumpulkan hadis. Umat Islam terhutang budi pada beliau hasil kerja keras 
beliau. Demikian juga kita kelak.

Modal Empat: Kekuatan idealisme dan jiwa

Menulis perlukan roh dan emosi yang tinggi. Sheikh Yusuf al-Qardawi telah 
menulis begiitu banyak hasil tulisan, menjadi best seller, dan sering direspon  
kerana gaya tulisan yang tertanam ruh. Begitu juga mereka yang menulis di 
penjara seperti Syed Qutb Rahimahullah.

Modal Lima: Menguasai Teknik Menulis dengan baik
Jangan dibebani teori menulis.

RUMUS
1.    Tulislah apa yang anda tahu
2.    Tulis apa yang anda rasa
3.    tulis dengan hati dan rapikan dengan fikiran

TEKNIK MENULIS 6 LANGKAH,7 PERTANYAAN

1. PENCELUPAN
Celupkan diri anda ke dalam subjek tulisan secara total, poin demi poin.
Kuasai setting dan latar belakang..tempat, masa,cuca, watak, masakan dan 
karakter sebenar.

2. BUAT CATATAN
Mnecatat setiap poin penting supaya tidak lupa. Bina kerangka sellau.

3.TINJAU ULANG DAN RAPIKAN
Kemaskan semula hasil tulisan dengan pembetulan nahu dan jalan cerita

4. DAFTAR ISI
Susun yang salah. Bina jadual menulis dan sistemkan cara  kerja anda.

5. BUAT CHAPTERING
Rangkaikan data dan detail dalam bab-bab yang sesuai

6.TINJAU ULANG DAN PERBAIKI
Sudahkan tulisan dengan menyemak semula secara total nahu, bab, jalan cerita 
dan sebagainya.

Selamat menulis , ya!
Nantikan 'Bidadari Bermata Hening' dan 'Ketika Cinta bertasbih' beberapa ketika 
lagi.-Us Habiburrahaman el-Shirazy

18 Februari 2007
Diskusi Penulisan
Sekolah Kedutaan Besar Republik Indonesia, Kuala Lumpur






--------------------------------------------------------------------------------


Palestine:
Gesaan sumbangan RM1.00 satu kepala
            RM1 setiap bulan kepada Palestin 
     

      Masukkan derma anda ke dalam akaun: 

      Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia 
      Bank Islam Malaysia Berhad 
      Nombor akaun: 12113010005797 
      http://palestinkini.info/ 

http://jim.org.my/galeri/pdf/flyer_palestin2a.pdf


Banjir Donation:
"Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia".

Atau masukkan ke akaun JIM Johor di 
Bank Islam Malaysia Berhad 
Akaun no.  01014010010372 
http://www.freewebs.com/jimderu/index.htm

Moderator
Ikhwanul Muslimun
http://hidayahnet.multiply.com

Attachment: 234_60c.gif
Description: GIF image

Kirim email ke