PM tidak kotakan janji, gagal dan tidak bertanggungjawab                        
                     Oleh Nyza Ayob      
         Wed | Mar 07, 07 | 10:00:42 AM                         KUALA LUMPUR, 7 
Mac(Hrkh) -  Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi tidak mempunyai 
ketegasan serta tidak dapat mengotakan janjinya sebagai seorang PM untuk 
membersihkan dan mengembalikan integriti beberapa institusi dalam kerajaan.

 
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menegaskan kenyataan Abdullah bahawa beliau 
mengambil sikap lebih berwaspada bagi mengawasi perlakuan penjawat-penjawat 
awam kanan, supaya tidak terlibat dalam sebarang kesalahan moral dan jenayah 
adalah tidak bertanggung jawab, tiada ketegasan serta tidak menampakkan 
kesungguhannya untuk mengembalikan integriti tersebut.

 
Beliau merujuk kepada kes Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Mohd 
Johari Baharom dan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Dato' Zulkipli 
Mat Noor yang terlibat dalam tuduhan rasuah dan jenayah.

 
Menurut Salahuddin, jika benar Abdullah bersungguh mengembalikan integritinya 
Abdullah tidak seharusnya mengekalkan mereka dalam jawatannya.

 
"Bagi seorang penjawat awam seperti Ketua Pengarah BPR yang melibatkan kes 
rasuah dan jenayah, siapa yang akan siasat beliau? Sebab itu kita mendesak 
Abdullah supaya menggantung jawatannya sehingga kes beliau selesai. Selepas 
penggantungan, barulah pegawai BPR dapat menyiasat beliau."

 
"Begitu juga dengan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Selepas 
penggantungan, barulah siasatan dapat dilakukan. Jika mereka tidak didapati 
bersalah, barulah jawatan mereka itu dikembalikan," katanya.

 
Pemangku Ketua Angkatan Muda (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul 
Iskandar Mat Akin sewaktu dihubungi Harakahdaily menegaskan kenyataaan Abdullah 
bahawa kerajaan mempunyai sikap kewaspadaan dalam membanteras rasuah di 
kalangan pegawai dan pemimpinnya tidak memberi kesan kepada masyarakat.

 
Ini kerana katanya, sebelum ini Abdullah mengeluarkan kenyataan terlebih awal 
sewaktu memenangi pilihan raya 2004 bahawa beliau komited untuk memerangi 
rasuah serta mengambil tindakan mendakwa beberapa orang yang terlibat dengan 
rasuah ini.

 
Katanya, tidak ada lagi usaha untuk memperketatkan akta pencegahan rasuah serta 
tindakan awal terhadap 18 orang yang terlibat dengan rasuah tidak dikenakan 
tindakan susulan.

 
"Abdullah sendiri tidak menjawab tuduhan rasuah yang dilakukan oleh anak dan 
menantunya sedangkan kita telah membuat laporan polis terhadap berhubung isu 
itu."

 
"Jika Abdullah sendiri mengatakan harus berwaspada terhadap pegawai kanan, 
sepatutnya beliau harus menujukan kenyataan itu kepada para menteri dengan 
tindakan mereka. Menteri-menteri ini yang menjadi pemimpin dan penjawat awam 
inilah yang mengikuti langkah pemimpin,", katanya.

 
 Kenyataan Abdullah itu katanya, tidak menunjukkan kepada rakyat bahawa 
kerajaan komited untuk membanteras rasuah.

 
Shamsul juga tidak menolak tindakan Abdullah itu merupakan strategi terakhir 
kerajaan Barisan Nasional untuk mengumukan tarikh pilihan raya.

 
Justeru katanya, beliau menyeru rakyat supaya tidak tertipu dengan PM, 
khususnya mana-mana ketua jabatan yang ingin menyumbang kepada negara 
menggunakan saluran yang betul. - mr

 

---------------------------------
 Jumlah dilihat: 796 | Cetak | EmelJika terdapat sebarang cadangan atau 
pandangan mengenai artikel di atas sila hantarkan komen anda kepada kami. Untuk 
sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke   
' );  document.write( addy_text54683 );  document.write( '' );  //-->\n [EMAIL 
PROTECTED]  ' );  //-->  Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda 
perlukan Javascript enabled untuk melihatnya    ' );  //-->  .

 
Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon 
(maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima 
dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.

 
Sila hantarkan karya anda yang asli melalui emel sahaja. Sebarang tulisan yang 
dihantar melalui kepilan/Attachment fail (Word, Notepad dll) emel tidak akan 
dilayan.



  function x () {    return;  }  function ac_smilie(thesmile) {    
document.akocommentform.comment.value += " "+thesmile+" ";    
document.akocommentform.comment.focus();  }  function validate(){    if 
(document.akocommentform.comment.value==''){      alert("Please insert at least 
a comment related to the topic!");    } else if 
(document.akocommentform.acname.value==''){      alert("Validate name");   
}else {      document.akocommentform.action = 'index.php';      
document.akocommentform.submit();    }  }
 [input]  [input]  [input]  [input] Hantar Komen AndaNama [input]  [input] Emel 
[input] Subjek [input] Komen

Kod* [input]   [input] 
 [input] 
                
---------------------------------
 Inbox full of unwanted email? Get leading protection and 1GB storage with All 
New Yahoo! Mail.

Kirim email ke