Parti sering hunus keris boleh ancam kaum lain
Rizal Tahir
Wed | Mar 07, 07 | 03:32:58 AM KETEREH, 7 Mac
(Hrkh) Penduduk bukan Islam di negara ini perlu lebih berhati-hati terhadap
parti yang sering menghunus keris pada perhimpunan parti itu kerana ia dianggap
boleh mengancam kaum lain.
Anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa berkata, tabiat suka menghunus
keris menggambarkan parti politik terbabit lebih mementingkan bangsa sendiri
dan mengenepikan kaum lain.
"Dengan menghunus keris, menunjukkan sikap sebenar mereka yang suka mengancam.
Ini jauh berbeza dengan pendekatan digunakan PAS yang sentiasa menanam sikap
saling hormat-menghormati khususnya antara kaum."
"Dasar kerajaan negeri yang berteraskan agama menjadi perkara penting bagi
menjaga keharmonian dan perpaduan antara kaum di Kelantan," katanya pada
perjumpaan muhibah bersama masyarakat Tionghua sempena sambutan Tahun Baru Cina
di Kampung Tokong dekat sini, baru-baru ini."
Pemuda Umno sebelum ini sering menghunus keris pada perhimpunan agung parti itu
sehingga mendatangkan rasa kurang senang hati di kalangan pemimpin parti
kompenan lain Barisan Nasional.
Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, agama mengajar berkasih sayang
sesama manusia tidak kira kaum, agama dan keturunan. Manakala parti yang
berteraskan bangsa pula sering membeza-bezakan antara kaum.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Kaum, Dato' Anuar
Tan Abdullah berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi tumpuan kepada
pembangunan yang lebih seimbang di negeri ini.
Menurutnya, biar pun kerajaan negeri mempunyai kewangan yang terhad, namum
program pembangunan untuk rakyat tetap dijalankan.
"Selain pembangunan fizikal, pembangunan modal insan juga diberi keutamaan
sehingga Kelantan sekarang dikenali sebagai negeri kebajikan," katanya.
Antara program kebajikan rakyat yang dijalankan termasuk Pembangunan Ladang
Rakyat yang memberi bantuan bulanan sebanyak RM200 kepada penduduk miskin,
gerakan rakyat berdikari, skim Takaful Armalah dan Takaful Warga Emas
(kifaalah).
Skim Takaful tersebut membolehkan ibu tunggal dan warga emas berusia 60 tahun
ke atas yang meninggal dunia diberi pampasan sebanyak RM2,500.
Pada program itu, Husam dan Anuar Tan menyampaikan hamper dan angpau kepada
penduduk. Hadir sama Adun Kadok, Haji Mohd Shukri Abdul Rahman, pemimpin
masyarakat Cina, Tan How Teng, Penyelia Parlimen Ketereh, Haji Abdul Aziz Abdul
Kadir dan Ketua Dewan Pemuda PAS Ketereh, Zulkifli Mohd Yusof.
---------------------------------
Jumlah dilihat: 1116 | Cetak | EmelKomen oleh (3) Pembaca
-->
bn parti yang gemar menikam....
Dihantar oleh ' ); document.write( addy_text90964 ); document.write( ''
); //-->\n kak_we ' ); //--> Alamat email ini telah dilindungi dari spam
bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya ' ); //--> , on
07-03-2007 08:16
no doubt.....memang parti yang gemar menikam......
persidangan umno - menikam angin
sesama mereka - menikam belakang
parti lawan - menikam lumat
Tinggal lagi....the blind, the mute and the deaf yang masih setia menggilap
keris pusaka mereka sebagai penyokong.....dan yang paling utama yang mendapat
habuan2 projek.....
ini saja penyokong setia yang mereka ada...
Izin Allah....mereka akan digantikan....
Setuju
Dihantar oleh Anak Tionhua, on 07-03-2007 06:26
Sebagai seorang Cina, saya bersetuju dengan artikel ini. Pada pandangan saya
dan juga beberapa sahabat keturunan Cina, kami berpendapat bahawa UMNO
merupakan satu parti ekstremis dan bersifat perkauman. Begitu juga dengan MCA,
MIC, Gerakan dan DAP.
Pada saya, hanya PAS dan PKR menampakkan kepelbagaian kaum di bawah satu
naungan; perbedaan antara kedua hanya PAS berlandaskan agama Islam (yang tidak
mengira kaum) dan PKR berlandaskan keadilan rakyat.
Saya ingin mencadangkan agar PAS mengemukakan lebih ramai pimpinan yang bukan
melayu tapi beragama Islam. Dengan cara ini lebih mudah rakyat kaum lain
memahami perjuangan PAS.
Kepada PAS dan PKR, giatkan lagi usaha anda terutama di kalangan bukan Melayu.
Perbedaan agama dan kaum bukan penghalang untuk menegakkan kebenaran.
Tidak Perlu...
Dihantar oleh ' ); document.write( addy_text8627 ); document.write( '' );
//-->\n hermzz ' ); //--> Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots,
anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya ' ); //--> , on
07-03-2007 06:24
Menghunus keris seakan-akan menjadi suatu perkara yang di"munasabah"kan
perlakuannya seperti tidak sempurna sebarang upacara atau majlis yang hendak
dilangsungkan.
Perkara ini sepatutnya tidak dilaksanakan yang mana ianya seolah-olah perkara
yang sia-sia belaka. Jika diambil iktibar sekali pun, sebagai bangsa yang
beragama islam, kan lebih baik jika suatu majlis didahului dengan doa atau
dengan nama Allah.
hermzz dapat bayangkan, jika mana-mana bangsa asing yang memerhatikan perilaku
ini, tentunya tertanya-tanya bangsa Melayu ini masih mempercayai perkara
animisme. Ini memalukan....
function x () { return; } function ac_smilie(thesmile) {
document.akocommentform.comment.value += " "+thesmile+" ";
document.akocommentform.comment.focus(); } function validate(){ if
(document.akocommentform.comment.value==''){ alert("Please insert at least
a comment related to the topic!"); } else if
(document.akocommentform.acname.value==''){ alert("Validate name");
}else { document.akocommentform.action = 'index.php';
document.akocommentform.submit(); } }
[input] [input] [input] [input] Hantar Komen AndaNama [input] [input] Emel
[input] Subjek [input] Komen
Kod* [input] [input]
[input]
---------------------------------
What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your
email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.