Mat Rempit digesa berani biar bertempat
Ekmal Yusof
Tue | Mar 06, 07 | 05:34:49 AM SELAMA, 6
Mac (Hrkh) - Walaupun digelar Mat Rempit, namun dalam memartabatkan perjuangan
Islam, lebih 300 pemuda sanggup meredah hujan lebat sejauh 50 kilometer
semata-mata untuk mengiringi Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu ke program
Pelancaran Tamrin PAS Kawasan Selama di sini baru-baru ini.
Program berkenaan yang berlangsung selama dua hari di Dataran Sungai Bayor
pada 3 dan 4 Mac lalu itu telah dirasmikan oleh Haji Mohamad.
Kumpulan bermotosikal yang digelar 'Green Biker Club Mat Rempit' telah
ditubuhkan setahun lalu itu telah berkonvoi mengiringi Haji Mohamad yang
menaiki kereta Kancil bermula dari Balai Pemeriksaan Hutan Changkat Larah
sehinggalah ke Markas PAS Kampung Sungai Bayor.
Dalam ucapan ringkasnya kemudian, Haji Mohamad memuji ke atas ketaatan dan
kesetiaan para Mat Rempit yang sanggup menaiki motosikal dalam hujan lebat
dengan perjalanan yang begitu jauh.
"Saya ingatkan dekat saja, rupa-rupanya perjalanannya begitu jauh di mana
ianya seperti Marathon merentas desa mencari harta karun," guraunya dalam
kegembiraan.
Justeru, beliau menyatakan gambaran baik yang ditunjukkan oleh pemuda-pemuda
tersebut dapat diteruskan khususnya apabila dapat hadir dalam
perhimpunan-perhimpunan aman sebagai menggambarkan kepekaan mereka dengan isu
dan persoalan yang melanda dalam negara ketika ini.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru golongan Mat Rempit agar menggunakan
keberanian pada tempat yang sewajarnya.
Menurutnya, mengapa tidak keberanian luar biasa yang ditunjukkan dalam aksi
hebat bermotosikal tidak diterjemahkan dalam siri-siri demonstrasi seperti
membantah kenaikan harga minyak, tol dan sebagainya.- mks.
---------------------------------
Jumlah dilihat: 1198 | Cetak | EmelKomen oleh (2) Pembaca
-->
Jangan Guna Gelaran Yang Sama
Dihantar oleh ' ); document.write( addy_text60089 ); document.write( ''
); //-->\n AFFANDI ' ); //--> Alamat email ini telah dilindungi dari spam
bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya ' ); //--> , on
06-03-2007 07:58
Saya bersetuju apa yang diutarakan oleh saudara Ammar.Sepatutnya PAS
mentarbiahkan mereka secara saikologi dan lebih mendidik bukan dengan pengunaan
nama Mat Rempit
Jangan Guna Gelaran Yang Sama
Dihantar oleh ' ); document.write( addy_text91504 ); document.write( ''
); //-->\n Ammar Qanwa b. Mokhtar ' ); //--> Alamat email ini telah
dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
' ); //--> , on 06-03-2007 07:21
Saya bersetuju dengan langkah yang diambil oleh Parti Islam Se Malaysia Pas
menubuhkan Green Biker Club tetapi tidak bersetuju dengan penggunaan Mat
Rempit.
Sepatutnya mat-mat rempit yang menyertai PAS tidak lagi digelar dengan Mat
Rempit kerana mereka yang bersetuju dengan PAS tidak sekali-kali akan
'merempit' yang kita tahu banyak terlibat dengan masalah-masalah moral dan juga
jenayah walaupun tidak semuanya.
function x () { return; } function ac_smilie(thesmile) {
document.akocommentform.comment.value += " "+thesmile+" ";
document.akocommentform.comment.focus(); } function validate(){ if
(document.akocommentform.comment.value==''){ alert("Please insert at least
a comment related to the topic!"); } else if
(document.akocommentform.acname.value==''){ alert("Validate name");
}else { document.akocommentform.action = 'index.php';
document.akocommentform.submit(); } }
[input] [input] [input] [input] Hantar Komen AndaNama [input] [input] Emel
[input] Subjek [input] Komen
Kod* [input] [input]
[input]
---------------------------------
New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.