Akibat rasuah dan penyelewengan, Umno dicabar  hapuskan DEB               
                              Wan Nordin Wan Yaacob      
         Sat | Mar 24, 07 | 09:55:41 AM                        KUALA LUMPUR, 24 
Mac (Hrkh) - Kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah   Ahmad Badawi 
dalam akhbar berbahasa Inggeris semalam memberi gambaran bahawa   Dasar Ekonomi 
Baru (DEB) sudah tidak relevan lagi dalam meningkat dan menaikkan ekonomi   
Bumiputera, malah menyekat pelaburan asing ke Malaysia, kata Ketua Angkatan 
Muda Negeri   Sembilan (AMKNS), Ariffin Berham.

   

 Kenyataan Perdana Menteri dalam akhbar tersebut antara lain bermaksud bahawa 
syarikat   atau warga asing yang ingin melabur di Johor tidak akan terikat 
dengan hak istimewa   Bumiputera iaitu orang Melayu, kata Ariffin semasa 
memetik kenyataan PM baru-baru ini.

  
 DEB sekat pelaburan asing? 
 "Dalam erti kata lain selama ini dengan adanya hak istimewa orang Melayu 
menyebabkan   pelabur asing tidak berminat untuk melabur di Malaysia dan 
menyekat kemajuan sesebuah negeri," katanya kepada Harakahdaily semalam.

 
 Menurut Ariffin, kenyataan PM itu tidak ada bezanya dengan apa yang dilaungkan 
dan   diperjuangkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Dato’ Seri 
Anwar Ibrahim   selama ini bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) sepatutnya 
dihapuskan kerana ianya   mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan 
dalam pembangunan negara.

 
 Antaranya, DEB yang menjadi lubuk duit kelompok elit Umno itu menyebabkan 
amalan rasuah,   peningkatan kos projek dan selain pembolotan kekayaan oleh 
segelintir korporat sahaja,   katanya.

 
 Justeru itu AMKNS mendesak agar DEB ini dihapuskan terus agar bangsa Melayu 
boleh   'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah' dengan bangsa-bangsa lain 
untuk membangunkan   negara.

  
 "Bangsa Melayu telah pun mempunyai ramai jutawan, ramai tokoh korporat, ramai 
usahawan. Maka sudah sampai masanya golongan ini yang sepatutnya membantu 
bangsa Melayu, bukan lagi   mengharapkan DEB serta bantuan kerajaan atau 
lain-lain hak istimewa orang Melayu untuk   membangunkan orang Melayu," katanya 
lagi.

 
 Pada pandangan AMKNS, DEB juga telah menyebabkan bangsa Melayu leka dan berasa 
selamat   dan tiada dorongan untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain.

 
 Justeru, AMKNS mencabar Umno mengusulkan kepada kerajaan supaya menghapuskan 
DEB   kerana bukan Wilayah Pembangunan Iskandar sahaja akan maju, malah seluruh 
negeri di   Malaysia ini akan maju dan menerima kemasukan pelabur-pelabur asing.

  
 Agih kepada keluarga dan kroni 
 "Janganlah DEB ini hanya dijadikan ucapan perbahasan di Perhimpunan Agung Umno 
untuk   menarik sokongan orang Melayu terhadap Umno," katanya tegas.

 
 Sementara itu sebelum ini  Anwar Ibrahim dalam ulasannya mengenai DEB 
menyatakan,  “Kita menolak DEB kerana terbukti usang dan dimusnahkan oleh 
pemimpin Umno yang rasuah.

  
 "Nasib rakyat termasuk yang miskin dibela. Sukar saya mengerti kalangan yang 
menyerang   dasar dan pendekatan PM tetapi merestui tindakan Tun Dr Mahathir 
Mohamad. Berbilion   ringgit khazanah negara dipunggah untuk diagihkan kepada 
keluarga dan kroni.Kita perlu   konsisten dengan dasar menegak keadilan, 
menentang rasuah dan kezaliman,”katanya dalam   satu laporan tidak lama dahulu.

 
 Umno gagalkan DEB 
 Sementara itu sebelum ini Timbalan Presiden Keadilan, Dr Syed Husin Ali 
mendakwa DEB   gagal kerana sesetengah pemimpin Umno dan kerajaan memberi 
kekayaan kepada segelintir   orang Melayu dan bukan Melayu melalui amalan 
kronisme dan korupsi.

 
 Menurutnya, di kalangan orang Melayu sendiri masih wujud jurang di antara yang 
kaya dengan   yang miskin, di antara penduduk kota dengan penghuni desa dan di 
antara orang kuat Umno   dan Barisan Nasional (BN).

  
 “Selama 50 tahun pelbagai dasar dan projek telah dilaksanakan untuk menaikkan 
taraf   sosio-ekonomi orang Melayu tetapi mereka tetap ketinggalan. Apakah 
jaminan masalah ini dapat   diatasi dalam tempoh 15 tahun sebelum 2020."

  
 “Dapatkah ia dicapai dengan cakap berdegar-degar dalam Perhimpunan Umno 
sahaja? Atau   dengan menyalahkan orang Melayu sahaja sedangkan pemimpin tidak 
mengubah amalan buruk   ini,” katanya dalam satu laporan akhbar 'online' 
sebelum ini.

  
 Dr Syed Husin berkata, pucuk pimpinan asyik memperkatakan mengenai padang 
permainan yang   tidak rata terutama di antara kaum Melayu dan bukan Melayu 
khususnya orang Cina.

  
 Katanya, memang benar ketidakseimbangan itu tetapi mengapa tidak disebut 
'padang yang   tidak rata' di antara negara kapitalis yang maju dengan negara 
kurang maju seperti Malaysia. - mks.   


                
---------------------------------
 Inbox full of unwanted email? Get leading protection and 1GB storage with All 
New Yahoo! Mail.

Kirim email ke