Gesa pecat Mufti Perak - Gerakan makin biadap dan keterlaluan             
                                Ahmad Tajdid      
         Mon | Apr 02, 07 | 02:53:01 PM                         KUALA LUMPUR, 2 
April (Hrkh) - Gesaan Parti Gerakan agar Mufti Perak, Dato' Seri Harussani 
Zakaria dipecat kerana kononnya terbabit dalam penyebaran SMS berhubung isu 
murtad membabitkan pelayar solo kelahiran Perlis, Dato' Azhar Mansor beberapa 
bulan lalu dianggap keterlaluan dan biadap.

 

Pengerusi Teras Pengupayaaan Melayu (TERAS), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu 
kenyataan akhbarnya membantah keras resolusi Gerakan Wilayah Persekutuan itu 
dan menganggap parti komponen BN tersebut cuba bermain dengan sentimen agama 
yang sangat berbahaya.

 
 "Usul supaya Mufti Perak dipecat bukan sahaja biadap malah mencabar kuasa Raja 
yang melantik Mufti," tegas beliau.

 
Azmi turut mempertikaikan hak parti Gerakan untuk campur tangan dalam urusan 
agama Islam dan menyifatkan parti tersebut sebagai tidak menghormati 
sensitiviti umat Islam dengan cuba mengungkit perkara yang telah pun ditangani 
pihak berkuasa.

 
Resolusi berhubung gesaan agar Mufti Perak dipecat itu dicapai dalam Konvensyen 
Parti Gerakan Wilayah Persekutuan, 1 April lalu dan disiarkan oleh akhbar The 
Star, bertarikh 2 April.

 
 "Bagi TERAS ini bukan kali pertama Parti Gerakan membuat kenyataan seperti ini 
kerana Presidennya pernah membuat kenyataan supaya pendidikan agama Islam tidak 
diajar di sekolah."

 
 "Dengan yang demikian jelas Parti Gerakan mempunyai pendirian yang negatif 
terhadap kedudukan institusi Islam dan program Islam yang menjadi salah satu 
tumpuan utama kerajaan," kata Azmi.

 
Menurutnya lagi, usul Gerakan itu juga benar-benar mencabar kedudukan kuasa 
institusi agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang terletak di bawah 
kuasa negeri dan dilindungi oleh Raja-Raja Melayu.

 
 Sehubungan itu, TERAS ujar beliau mendesak Gerakan menarik balik usul tersebut 
dan memohon maaf kepada Sultan Perak.

 
"Bagi TERAS isu yang ditimbulkan sudahpun diselesaikan dengan penjelasan yang 
telah dibuat oleh Mufti Perak kepada Sultan dan pihak keselamatan. Oleh itu 
kenapa pihak Parti Gerakan mahu membangkitkannya lagi?"

 
"TERAS mengingatkan Parti Gerakan bahawa dengan terus membangkitkan isu agama 
Islam yang jelas kedudukannya dan telah terang peruntukan kuasa 
agensi-agensinya di negara ini, akan menimbulkan ketegangan yang merbahaya 
kepada keamanan dan kehormanian di kalangan masyarakat," jelas beliau.

 
Azmi juga melahirkan rasa hairan kerana di saat Setiausaha Agung Gerakan, Chia 
Kwang Chye mahu semua pihak saling memahami bila mengendalikan isu agama, usul 
memecat Mufti Perak ditimbulkan oleh Gerakan Wilayah Persekutuan.

 
Sehubungan itu, TERAS mengesa Perdana Menteri selaku Pengerusi BN mengambil 
tindakan tegas terhadap anggota partinya yang menimbulkan isu mencabar kuasa 
Raja -raja.

 
 "Membiarkan usul ini diketengahkan akan memberi mesej yang merbahaya kepada 
masyarakat dan menimbulkan ketegangan yang tidak perlu," tegas Azmi. 


                
---------------------------------
 The all-new Yahoo! Mail goes wherever you go - free your email address from 
your Internet provider.

Kirim email ke