Ahli PAS dalam kerajaan tidak perlu risau beri sumbangan                  
                           Roslan Ramli      
         Sat | May 05, 07 | 04:43:52 PM                          TAWAU, 5 Mei 
(Hrkh) - Ahli PAS disaran supaya tetap istiqamah dalam perjuangan Islam, 
khususnya di Sabah, yang banyak menghadapi tekanan daripada musuh Islam.

 

 Mereka juga digesa agar tidak gentar dengan sebarang ugutan oleh golongan yang 
mahu menghalang kemenangan Islam.

 
 AJK PAS Pusat, Amiruddin Hamzah berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat 
agung PAS kawasan Tawau kali ke-19, di Madrasah Darul Hidayah, Kg Sungai Imam, 
dekat sini, baru-baru ini.

 
 Beliau turut mengingatkan bahawa ahli PAS, termasuk yang bekerja dengan 
kerajaan, tidak perlu khuatir untuk membantu jamaah dan perjuangan Islam, 
menurut peraturan yang ditetapkan, kerana hak berkenaan dijamin dalam sebuah 
negara demokrasi.

 
 Menurutnya lagi, 'umur' PAS Tawau sudah menjangkau 19 tahun. Jadi, sudah tentu 
usia ini cukup 'matang' untuk menyampaikan dakwah dengan masyarakat Sabah, 
khususnya di Tawau.

 
 Beliau yang juga Adun Anak Bukit, Kedah kemudiannya sempat berdialog dengan 
petugas dan penggerak PAS Tawau dan menghadiri majlis ramah mesra di tempat 
sama pada sebelah malam, sebelum bertolak pulang pada keesokan harinya.

 
 Dalam mesyuarat agung tahunan itu, Mohammad Husain mengekalkan jawatannya 
sebagai Yang DiPertua. Turut mengekalkan jawatannya ialah Ahmad Dulah sebagai 
Timbalan Yang Dipertua dan Kadarisman Kadiran sebagai Naib Yang Dipertua.

 
 Muktamar Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Tawau turut diadakan pada hari 
yang sama. Muhammad Nasir Ahmad Ali dan Mandin Ladale masing-masing kekal 
sebagai Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat PAS Kawasan Tawau.

 
 "Pemuda perlu bergerak aktif dan menonjolkan diri dalam masyarakat serta 
memperbanyakkan lagi aktiviti kemasyarakatan dan dakwah," tegas YDP Pas Kawasan 
Tawau, Mohamad Hussain ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Kawasan 
Tawau. Beliau turut menceritakan sejarah penubuhan PAS Tawau kepada para 
perwakilan.

 
 Muktamar pada tahun ini telah diadakan di Dewan Terbuka Madrasah Darul Hidayah 
(MDH), sebuah sekolah yang dibina atas usaha dan 'keringat' ahli PAS Tawau.

 
 Walaupun dewan tersebut belum siap sepenuhnya, namun ia sebagai 'pembuka 
tirai' sebelum dewan ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung Mei tahun ini.

 
 Menurut Kadarisman Kadiran, fasa pembangunan MDH seterusnya ialah membina 
sebuah masjid untuk kegunaan pelajar dan masyarakat di Kg.Sungai Imam,Tawau.

 
 Beliau yang diamanahkan sebagai Pengarah MDH yang baru, berharap orang ramai 
bersedia untuk menyumbang bagi pembinaan Masjid ini.

 
 Sumbangan tidak terhad dalam bentuk wang tunai, tetapi juga dalam bentuk yang 
lain seperti simen, batu bata, zink, ataupun jubin. Sebarang sumbangan boleh 
dihantar terus ke MDH ataupun menghubungi beliau melalui talian 019-5893795. - 
mns


                
---------------------------------
 All New Yahoo! Mail – Tired of unwanted email come-ons? Let our SpamGuard 
protect you.

Kirim email ke