Pemuda Wilayah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Terpaksa serah anak-anak kepada suami untuk dipelihara mengikut agama
Hindu
Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam telah memutuskan agar Raimah Bibi Noordin
seorang muslimah yang baru memeluk Islam untuk menyerahkan hak penjagaan 6
orang anaknya kepada suaminya yang masih beragama Hindu.
Bekas suami beliau, Marimuthu telah memfailkan tuntutan habeas corpus agar
Mahkamah membuat perisytiharan bahawa tindakan Jais menahan isterinya, Raimah
yang telah memeluk Islam dan enam anaknya serta membawa mereka keluar dari
kediaman adalah bertentangan dengan undang-undang dan tidak sah sama sekali.
Perkara ini sudah berlaku, dan saya tidak pasti sama ada kita masih boleh
berbuat sesuatu untuk membantu muslimat ini. Kita harus memahami perasaaan
seorang ibu yang telah melahirkan 6 orang anak ini dan terpaksa membiarkan
anak-anaknya terpisah darinya. Paling malang, anak-anak ini akan dibesarkan
oleh ayahnya yang beragama hindu dan peluang untuk mereka mengenali Islam
selepas ini mungkin agak terbatas ekoran kuasa penjagaan dibawah ayah mereka.
Berdasarkan fakta perbicaraan, isu perbicaraan banyak tertumpu pada tuntutan
berhubung kesilapan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang membawa mereka
keluar dari rumah bekas suami beliau.
Namun, kita tidak melihat apa sebenarnya yang diingini oleh ibu ini. Isu ini
telah diputar belitkan oleh Karpal Singh dan Ramkarpal Singh yang mewakili
suami beliau. Mungkin kelemahan dipihak kita untuk tidak menyediakan penasihat
undang-undang bagi Ibu ini yang mana beliau tidak tahu tindakan apa yang patut
beliau ambil.
Tiada seorang peguam pun yang mencelah atau memberikan khidmat nasihat pada
beliau dipihak kita. Ini yang saya risaukan. Adakah kes ini diketahui atau
tidak oleh peguam kita.
Kita faham bahawa perlembagaan memberikan hak kepada anak-anak ini memilih
agama mereka hanya selepas mereka berumur 18 tahun ke atas. Tetapi ibu ini
juga berhak atas mereka pada masa ini, bukan ayah dia sahaja. Jadi adakah
keputusan Mahkmah Tinggi ini adil dalam mana Ibu ini tidak diwakili atau tidak
mendapat nasihat yang sewajarnya.
Saya tidak yakin pihak JAIS telah memberikan khidmat nasihat kepada ibu ini
berkaitan hak beliau dengan baik. Dan paling penting Karpal mungkin memainkan
hujah bahawa ibu ini bekerja sebagai penoreh getah dan tidak mampu menyara 6
orang anak ini, padahal ayah anak ini juga penoreh getah.
Serangan psikologi ini mungkin melemahkan si ibu ini yang akhirnya terpaksa
mengalah lantaran tiadanya sokongan lain kepada beliau.
Kita seharusnya mewujudkan satu sistem sokongan yang kuat bagi mempertahankan
hak saudara-saudara baru kita seperti Ibu ini. Bukan sahaja dari Khidmat
Nasihat tetapi dari sudut ekonomi dengan membantu mereka mendapatkan pekerjaan
yang lebih baik.
Kadang kala kita melihat Jabatan-jabatan Kerajaan hanya tahu mengIslamkan
mereka tetapi tiada satu sistem sokongan yang kuat untuk mereka survive dari
sudut ekonomi. Saya juga tidak bersetuju untuk kita letakan beban ini pada
Kerajaan 100% tetapi Kerajaan juga harus bersikap terbuka untuk menerima
bantuan atau kerjasama dari NGOs dan parti Politik seperti PAS.
Dan saya harap agar PAS Selangor mencari jalan bagi membantu muslimah ini untuk
mendalami Islam serta menjaga kebajikan beliau selepas ini. Sekurang-kurang
kita dapat melakukan sedikit amal jariah kepada wanita malang ini yang sanggup
meninggalkan keluarga dan anak-anak beliau demi Islam yang diyakininya.
Pengorbanan ini amat besar bagi saya, dan kami sahabat-sahabat Wilayah sudi
membantu apa yang termampu jika diperlukan. Jika PAS Selangor dapat
mengenalpasti muslimah ini, diharapkan kita dapat bekerjasama membantu beliau.
Semoga Allah menguatkan lagi Iman Muslimah ini dengan ujian ini.
-Herman Samsudeen
-----------------------------------------------------------------------------
Serah enam anak
Oleh Meor Riduwan Ahmad
SHAH ALAM: Biarpun kelihatan sebak dan sedih, seorang ibu, Raimah Bibi Noordin,
yang membuat keputusan untuk terus menganut Islam, merelakan keenam-enam
anaknya dibesarkan suaminya, seorang penganut Hindu.
Persetujuan kedua-dua belah pihak itu direkodkan Hakim Mahkamah Tinggi di sini,
Datuk Su Geok Yiam selepas peguam Karpal Singh dan Ramkarpal Singh yang
mewakili suami wanita itu, P Marimuthu menarik balik secara rasmi permohonon
habeas corpus yang dikemukakan sebelum ini.
Dalam permohonannya yang difailkan pada 16 April lalu, Marimuthu menamakan
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selaku responden untuk mendapatkan
perisytiharan bahawa tindakan Jais menahan isterinya, Raimah dan enam anaknya
serta membawa mereka keluar dari kediaman adalah bertentangan dengan
undang-undang dan tidak sah sama sekali.
Pada prosiding semalam, sebelum Karpal menarik balik permohonan itu, Penasihat
Undang-undang Negeri Selangor, Datuk Zauyah Bee Loth Khan mengesahkan tiada
sebarang tahanan terhadap Raimah.
Beliau berkata, Raimah seorang yang beragama Islam dan akan terus menganutinya
selain bersetuju diberi hak berjumpa anak-anaknya tanpa sebarang sekatan.
Selepas mendengar penjelasan itu, Karpal memohon supaya Raimah, mengesahkan
perkara itu secara rasmi di hadapan hakim demi keadilan semua pihak.
Raimah ketika ditanya Su mengesahkan beliau tidak ditahan sesiapa dan bersetuju
menyerahkan anak-anak kepada suami untuk dipelihara mengikut agama Hindu.
Karpal selepas mendengar pengesahan itu menarik balik permohonan itu.
Hasil perkahwinan Marimuthu, 44, dan Raimah, 40, yang juga penoreh getah,
mereka dikurniakan seramai enam orang anak iaitu M Yooneswary, 12, M
Paramila,11, M Hariheren, 8, M Ravindran, 6, M Shamala, 5, dan M Keberan,4.
Dalam notis usul Marimuthu, dia mendakwa bahawa pada sebelah pagi, 2 April
lalu, seramai tujuh pegawai dari Pejabat Agama Islam Kuala Kubu Bahru menyerbu
rumah kediaman mereka di No 32, Kampung Baru Tambahan, Ulu Yam Lama, Batang
Kali, dekat sini.
Marimuthu mendakwa pegawai terbabit bertindak menahan isteri dan anaknya, dan
membawa mereka keluar dari kediaman secara paksa.
Dia mendakwa, anak- anaknya kini berada di bawah tahanan atau kawalan atau
jagaan responden di sebuah rumah di Kampung Melayu, Liga Emas di Batang Kali.
Marimuthu memfailkan permohonan tersebut kerana bimbang responden akan memaksa
isteri dan anak- anaknya yang berada di bawah tahanan mereka untuk memeluk
agama Islam sedangkan ia suatu perkara yang menyalahi undang-undang dan hak
asasi.
---------------------------------
Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy
and free. Do it now...