Ahli semakin hilang keyakinan terhadap Umno                               
              Wajdi Mayusoh      
         Tue | May 08, 07 | 05:53:14 PM                         KOTA BHARU, 8 
Mei (Hrkh) –  Keyakinan ahli Umno kepada parti itu kononnya sebagai tunggak 
orang Melayu kini semakin hilang apabila bertambah ramai di kalangan mereka 
mengisytihar keluar daripada parti tersebut.

   

  Sekarang hampir di semua tempat di Kelantan diadakan program ceramah sempena 
pengisytiharan keluar daripada Umno.

 
Misalnya akhir April lalu seramai 180 bekas Umno yang diketuai Ketua 
Keselamatan Umno Cawangan Manjor, Dun Manek Urai, Abdul Kadir Ismail 
mengumumkan keluar dari parti itu.

 
 Turut keluar daripada Umno Basri Yaakub bekas anggota polis dari Laloh. 
Manakala di Gua Musang sepanjang tahun 2006 sehingga akhir April lalu seramai 
850 ahli dan penyokong Umno menyertai PAS.

 
Begitu juga di Machang, Pasir Mas dan Tumpat turut diadakan program serupa. 
Manakala di Kota Bharu sebahagian ahli dan penyokong Umno menyertai KeADILan.

 
 Di Kubang Kerian baru-baru ini Penyelia Pembangunan Mukim yang juga Ketua 
Cawangan Umno Wakaf Limbat, Hussin Mat Yusuf, 65 menyerah borang menyertai PAS 
kepada Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa.

 
 Hussin bersama 39 lagi bekas ahli dan penyokong Umno memohon menyertai PAS.

 
“Sudah tiba masanya orang Islam menolak Umno kerana sudah jelas parti itu gagal 
mempertahankan kepentingan orang Melayu Islam sepanjang 50 tahun memerintah 
negara,” kata Hussin.

 
 Program penyerahan borang itu diadakan sempena ceramah isu semasa di Kampung 
Wakaf Limbat, Pasir Tumboh. Turut hadir Adun Pasir Tumboh, Ustaz Ahmad Baihaki 
Atiqullah, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Nasir Mat Soh dan 
Penyelia Dun Kok Lanas, Dato’ Ahmad Rusli Ibrahim.

 
 Husam berkata, sekiranya kerajaan Pusat mengamalkan sikap telus dalam 
pentadbiran tiada sebab pembangkang dihalang daripada mengadakan program 
ceramah bagi menjelaskan isu semasa kepada rakyat.

 
“Misalnya di Terengganu program-program ceramah PAS sering diganggu polis, 
permit susah dapat dan sebagainya. Kenapa keadaan ini masih berlaku sekiranya 
kerajaan Terengganu mengamalkan konsep Islam Hadhari?"

 
“Ini sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena terhadap pengurusan kerajaan 
negeri sehingga ceramah PAS cuba dihalang. Mungkin mereka tidak mahu maklumat 
sebenar didedah kepada rakyat,” jelas beliau.

 
Nasir pula berkata, rakyat Kelantan wajib mempertahankan kerajaan PAS kerana 
telah terbukti mampu mengangkat Islam pada kedudukan yang lebih tinggi.

 
 Menurutnya sepanjang lebih 16 tahun PAS mentadbir negeri ini semua kaum dapat 
hidup aman dan selesa tanpa sebarang masalah.

 
 “Malah mereka merasa bangga kerana memiliki sebuah kerajaan yang amanah dan 
bersih daripada amalan rasuah, tidak sebagaimana berlaku di negeri-negeri 
lain,” ujarnya.

 
 Ahmad Rusli berkata, pasukan pemerintahan di Kelantan yang dipimpin Tuan Guru 
Dato’ Nik Abdul Aziz adalah antara yang terbaik di negara ini.

 
Malah, katanya sekiranya rakyat ingin terus menikmati suasana Islam dan tenang 
seperti sekarang kerajaan PAS perlu dipertahankan. - /mj 


       
---------------------------------
 Yahoo! Answers - Got a question? Someone out there knows the answer. Tryit now.

Kirim email ke