Exco Pemuda PAS kemalangan di Temerloh
Basiron Abdul Wahab
Wed | May 09, 07 | 02:40:00 PM TEMERLOH,
9 April (Hrkh) - Anggota Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Abdul Karim, 26,
terlibat dalam kemalangan jalan raya di persimpangan lampu isyarat Jalan
Bahagia, dekat sini malam tadi.
Abdullah yang datang dari arah bandar Temerloh telah dilanggar oleh kenderaan
yang datang dari arah Mentakab yang menuju Jalan Bahagia.
Menurut saksi kejadian, dalam kemalangan itu Abdullah yang menunggang
motosikal melambung dan sebelum terjatuh di atas jalan raya.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.45 malam, Abdullah mengalami kecederaan di
bahagian kaki dan tangan mendapat rawatan awal di sebuah Klinik swasta
berhampiran sebelum diarah mendapatkan pemeriksaan lanjut di Hospital Sultan
Ahmad Shah, Temerloh.
Difahamkan beliau menerima beberapa jahitan di bahagian tangan sebelum dibenar
pulang pada jam 12.30 tengah malam tadi.
Sebelum itu Abbdullah bersama rakannya Khairil Abdul Rahim berada di Pejabat
Badan Perhubungan Negeri di Jalan Sudirman 6 setelah mereka pulang selepas
menunaikan solat Isyak.
Menurut Abdullah ketika sampai di persimpangan Jalan Bahagia, lampu isyarat
telah bertukar hijau menyebabkan beliau meneruskan perjalanan, bagaimanapun
kenderaan dari arah Mentakab meneruskan perjalanan ke arah Jalan Bahagia tanpa
menghentikan kenderaan menyebabkan berlaku kemalangan. - mks.
Pemuda Sabah digesa turun sebar risalah Islam pada golongan belia
Sahar Abdul Majid
Wed | May 09, 07 | 03:03:43 PM SANDAKAN, 9
Mei (Hrkh) Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Hj Ahmad,
menggesa Pemuda agar lebih agresif turun ke medan bagi menyampaikan risalah
Islam kepada masyarakat khususnya golongan belia.
Katanya, Pemuda harus menjadi duta penyelamat kepada generasi hari ini
dari terus dihanyutkan oleh pelbagai budaya tidak sihat yang akhirnya boleh
menghancurkan masa depan mereka, agama dan Negara.
Kita telah menyaksikan kegagalan demi kegagalan kerajaan dalam menangani
permasalahan golongan muda hari ini. Ke mana perginya program kerajaan
seperti Rakan Muda dan hari ini Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN)?"
Perlakuan sumbang mahram semakin berleluasa, zina, rogol, mat rempit,
penagihan dadah. Semua ini lambang kegagalan kerajaan menyelamatkan golongan
belia negara,tegas beliau ketika menyampaikan ucapan perasmian dan pelancaran
Muktamar Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah kali ke-20 dan Majlis
sambutan 20 tahun Pemuda PAS Negeri Sabah dekat sini baru-baru ini."
Beliau berkata, hari ini dan sampai bila-bila tidak boleh lagi mengharapkan
pihak kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) menyelamatkan golongan belia.
Katanya, hanya dengan menggunakan pendekatan agama sahaja mampu menyelesaikan
permasalahan belia yang dihadapi oleh mereka hari ini.
Beliau turut mendedahkan sehingga ke hari ini seramai 1.2 juta rakyat Negara
ini terlibat dengan aktiviti penagihan dadah dengan 28 pusat serenti dan kos
pembiayaan sebanyak RM 19 juta sebulan.
Kitalah sebagai golongan pemuda Islam (Pemuda Hizbullah) melaksanakan
tanggungjawab ini bagi meyelamatkan mereka dengan roh Islam, tambahnya.
Beliau turut mengingatkan bahawa perjuangan Islam tidak akan mati walaupun
mendapat tentangan yang hebat dari golongan yang menentang Islam.
Maka dengan sebab itu katanya, Pemuda mesti bekerja keras bagi memastikan
Islam diterima oleh semua lapisan masyarakat di negara ini, dan memastikan
juga golongan belia turut mewarisi perjuangan Islam yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w.
Pada sidang Muktamar itu, menyaksikan sekali lagi Ustaz Anuar Ali menang
tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah bagi penggal ketiga
berturut-turut.
Turut menyaksikan beberapa muka baru telah terpilih bagi menganggotai Exco
Pemuda sesi 2007 / 2009 kali ini.
Turut hadir pada sidang muktamar itu, Pesuruhjaya PAS Sabah Hj Muhammad
Abdullah dan Timbalan Pesuruhjaya I dan II, Hj Hamzah Abdullah dan Sdr.Ladim
Abdul Rahman serta beberapa Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri. - mks.
---------------------------------
Yahoo! Answers - Got a question? Someone out there knows the answer. Tryit now.