Implikasi apabila lebih banyak pemilikan asing dalam TNB
Ketua Perusuh
Wed | May 09, 07 | 07:41:05 PM RAMAI yang
menyangka bahawa saya membuat tuduhan mengenai pemilikan asing dalam saham
Tenaga Nasional Berhad (TNB). Malah ada yang mengatakan apalah salahnya entiti
utiliti negara membenarkan pelaburan asing dalam dananya. Ada pula yang
mengatakan bahawa itulah tanda menunjukkan kekukuhan bisnes Tenaga Nasional
Berhad.
Memang tidak dinafikan, mana-mana pelabur akan menanam saham mereka dalam
mana-mana entiti perniagaan yang berdaya maju. Malah kebanyakan pelabur amat
suka jika dapat memiliki mana-mana saham dalam syarikat utiliti. Tambah pula
syarikat utiliti tersebut memonopoli khidmat utiliti bagi sesebuah negara.
TNB telah menjual beberapa lot sahamnya kepada beberapa individu (syarikat)
yang menjadi proksi kepada beberapa entiti pelaburan asing. Ini memang tidak
dapat dinafikan lagi. Mengenai maklumat ini, buat masa ini biarlah saya simpan
senarai proksi-proksi tersebut untuk tidak menimbulkan kekecohan.
Cuma saya ingin ingatkan kepada semua, Kerajaan Malaysia di bawah teraju
Abdullah Ahmad Badawi & Co kini telah membenarkan Tenaga Nasional Berhad (TNB)
melupuskan syarat mengehadkan pegangan saham pelabur asing sebanyak 25 peratus.
Ini akan memberikan peluang untuk proksi-proksi tersebut memiliki lebih banyak
pegangan saham dalam TNB.
Jika semua proksi-proksi ini mendapat arahan menggabungkan semua saham mereka,
maka secara otomatisnya mereka mempunyai pegangan saham yang amat besar dan
membolehkan mereka menguasai Tenaga Nasional Berhad dalam jangka masa yang
terdekat.
Anda perlu ingat bahawa perkara yang sama juga pernah terjadi dalam kes
pemilikan saham Pantai Holding yang mana syarikat ini telah diambilalih oleh
entiti asing melalui penggabungan saham beberapa proksi entiti asing dan
penjualan saham lebihan kepada entiti asing.
Malah kita juga mengalami kerugian demi untuk mendapatkan kembali pegangan
saham Pantai Holding demi menjaga maruah dan kepentingan negara.
Sebagai warga Malaysia yang berdaulat, kita tidak mahu mana-mana syarikat utama
kita diambilalih secara senyap melalui proksi entiti asing yang akhirnya akan
merugikan negara ini.
Jadi perlulah kita berwaspada dalam membenarkan pemilikan saham dalam mana-mana
syarikat utama kita. Bukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sahaja yang diimpikan
oleh entiti asing ini, tetapi beberapa GLC kini dalam perhatian mereka.
Seperti mana kita berjaya mengambilalih Guthrie dari tangan syarikat British,
maka begitu juga kita mungkin akan melihat syarikat utama kita diambilalih oleh
orang lain.
Jangan biarkan perkara yang sama berlaku kepada kita. Kita semua perlu lebih
patriotik dalam semua aspek. - http://ketuaperusuh.wordpress.com/
---------------------------------
New Yahoo! Mail is the ultimate force in competitive emailing. Find out more
at the Yahoo! Mail Championships. Plus: play games and win prizes.