Libatkan keluarga dalam proses pentarbiyahan
Saari Sungib
Tue | May 08, 07 | 01:04:57 AM Jika da'ie
Tapol adalah seorang yang sudah berkeluarga, satu lagi aspek tarbiyyah yang
mesti dilonjakkan dalam penjara adalah tarbiyyah isteri, anak-anak dan ahli
keluarga.
Isteri dan anak-anak mesti terus diyakinkan bahawa da'ie Tapol tidak bersalah
tetapi sebaliknya ia dizalimi dan dianiaya oleh pemerintah yang rakuskan kuasa.
Isteri dan anak-anak mesti berdiri teguh dan bangga kerana memiliki seorang
pemimpin keluarga yang cekal menghadapi tribulasi dan ujian. Bahkan, isteri dan
anak-anak juga mesti disanjung kerana turut tabah menghadapi penyeksaan emosi
dipisahkan secara paksa dengan orang yang mereka kasihi.
Unsur-unsur tarbiyyah anak-anak dan keluarga adalah seperti berikut:
Adakan pertemuan keluarga
Pastikan isteri dan anak-anak anda menziarahi anda pada setiap kesempatan yang
dibenarkan oleh pihak penjara. Sebaik-baik setiap minggu.
Wujudkan sistem sokongan untuk memudahkan perjalanan dan perbelanjaan mereka
menziarahi anda sekerap mungkin.
Dalam konteks kempen mansuhkan ISA, Gerakan Mansuhkan ISA atau GMI akan
membantu. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memberi persetujuan agar GMI
membantu keluarga anda.
Anda juga mesti beri galakan dan sokongan agar isteri dan anak-anak anda
menghubungi dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada GMI.
Tujuan utama lawatan keluarga adalah untuk membolehkan anda mengetahui
perkembangan di luar secara langsung daripada isteri dan anak-anak. Pada masa
yang sama juga, isteri dan anak-anak anda juga mesti dimaklumkan secara
langsung tentang perkembangan yang berlaku kepada anda di dalam penjara.
First hand news adalah mustahak. Ia menyuntik kekuatan dan keyakinan untuk
terus bangkit menentang kezaliman. Lawatan keluarga mesti dijadikan medan
bagi senaikkan semangat anda dan isteri serta anak-anak anda. Unsur tarbiyyah
anak-anak dan keluarga mesti diserlahkan dalam lawatan keluarga.
Bahkan dengan memasuki kawasan penjara, khasnya kem tahanan seperti Kem
Kamunting dapat menimbulkan satu perasaan yang lain daripada lain dalam diri
isteri dan anak-anak!
Kem Kamunting yang merupakan sebuah kandang menahan orang tanpa bicara adalah
satu simbol kezaliman dan kemunkaran yang besar di negara ini. Jiwa muda
anak-anak yang memasuki tempat yang menjadi simbol kezaliman tersebut sudah
pasti akan ditarbiyyahkan untuk terus berazam sepanjang hayat mereka
menentang dan menghapuskan kezaliman!
Manfaatkan pertemuan keluarga untuk membakar semangat pengorbanan dan semangat
perjuangan anda, isteri, anak-anak dan anggota-anggota keluarga anda. Dalam
pertemuan keluarga bincang dan cakaplah apa yang anda sekeluarga mahu! Mintalah
isteri dan anak-anak bercerita tentang penyelewengan, rasuah, penipuan dan
pembohongan yang sedang dilakukan oleh pemerintah!
Usah hiraukan pengawal yang memantau dan mencatatkan perbualan anda! Anggaplah
mereka tidak wujud! Proses sedemikian adalah satu pentarbiyyahan bagi isteri
dan anak-anak anda untuk berani demi mempertahankan hak kebebasan mereka
untuk bersuara.
Semarakkan lagi pertemuan keluarga dengan meminta anak-anak anda menyanyikan
lagu-lagu atau nasyid yang menaikkan semangat! Minta juga mereka buat
persembahan dan lakonan yang bertemakan kezaliman dan penindasan serta
perjuangan melawan kezaliman dan penindasan!
Selaraskan tindakan menentang kezaliman
Apa yang anda fikir, rancang dan lakukan mesti seiring, sehaluan dan seragam
dengan apa yang difikir, dirancang dan dilakukan oleh isteri, anak-anak serta
rakan-rakan anda di luar.
Keselarasan dan keseragaman tindakan di dalam dan di luar penjara dalam kempen
menentang kezaliman akan membawa hasil yang lebih berkesan.
Pertama sekali, anda mesti menjadikan lawatan keluarga sebagai saluran paling
utama bagi menyelaraskan sikap, semangat dan keazaman antara anda dengan
isteri dan anak-anak anda.
Proses ini mesti dikekalkan sepanjang mana anda berada dalam penjara. Jika dua
tahun, sepanjang dua tahunlah anda mesti menyelaras dan menseragamkan sikap,
pendirian dan tindakan bersama.
Jika empat tahun?...mesti juga seragam! Jika lapan tahun? ... mesti terus
seragam!! Insya'Allah jika anda, isteri, anak-anak dan rakan-rakan di luar
berjalan seia-sekata serta bertindak secara strategik bersama-sama, penahanan
anda akan menjadi terlalu panas bagi pemerintah jika mereka sambung melebihi
dari dua tahun!
Tulis surat setiap minggu
Pastikan anda menulis surat berunsur tarbiyyah setiap minggu kepada isteri dan
anak-anak.
Gunakan sepenuhnya peluang menulis surat yang diperuntukkan oleh penjara.
Surat anda akan dibaca dan ditapis oleh pihak penjara. Tiada apa yang perlu
anda gusarkan jika apa yang anda tulis hanyalah kebenaran.
Tulis sejelas-jelasnya perasaan hati serta pemikiran anda. Tumpukan penulisan
surat untuk anak-anak agar mereka sentiasa teguh pendirian dalam menegakkan
kebenaran dan keadilan. Mereka mesti ditarbiyyah untuk terus sabar dan tabah
dalam mendukung keyakinan.
Kongsi pengalaman dan bacaan
Kongsi pengalaman dan tarbiyyah yang anda dapati sepanjang menjalani kehidupan
dalam penjara dengan isteri dan anak-anak anda. Kongsi juga pengetahuan dan
ilmu yang anda perolehi daripada buku-buku yang dibaca dalam penjara dengan
isteri dan anak-anak.
Sampaikan pengalaman serta ilmu pengetahuan ini kepada mereka semasa lawatan
keluarga. Lebih-lebih bagus jika anda kongsi perkara-perkara ini melalui
penulisan surat yang anda kirim setiap minggu kepada mereka.
Surat-surat itu kemudian akan dibaca oleh anak-anak kepada anak-anak anda pada
suatu hari kelak. Tarbiyyah anda untuk anak-anak anda akan menjadi bahan
tarbiyyah bagi cucu-cucu anda juga!
Lebarkan jaringan lawatan keluarga
Lebarkan tarbiyyah keluarga kepada anggota-anggota keluarga anda yang lebih
besar. Aturkan agar bapa, ibu, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang dan
ahli-ahli keluarga yang lain datang menziarahi anda di penjara.
Langkah ini akan menjadikan mereka lebih memahami perjuangan anda. Mereka juga
dapat menyaksikan bagaimana anda dizalimi dan dianiaya secara live oleh
Umno-BN!
---------------------------------
Yahoo! Mail is the world's favourite email. Don't settle for less, sign up for
your freeaccount today.