Senator Wan Ubaidah pertikai peranan Jabatan Hal Ehwal Khas               
                              Roy Rasul      
         Thu | May 10, 07 | 05:14:24 PM                          KUALA LUMPUR, 
10 Mei (Hrkh) – Senator Wan Ubaidah Wan Omar meminta Kementerian Penerangan 
menjelaskan sejauh mana bermanfaatnya Jabatan Hal Ehwal Khas  (Jasa) yang 
ditubuhkan oleh kementerian terbabit dalam menangani gejala sosial di kalangan 
remaja.

  

 Pada sidang Dewan Negara hari ini, beliau juga mahu tahu peranan yang 
dimainkan oleh JASA dalam memberi penerangan berhubung aspek pembangunaan 
keluarga.

 
 “Saya mahu tahu kerana inilah punca kepada segala masalah,” ujarnya semasa 
sesi soalan tambahan.

 
 Sementara itu Setiausaha Kementerian Penerangan, Noriah Kasnon ketika menjawab 
soalan Ubaidah berkata, penubuhan Jasa adalah  untuk memelihara dan pertahankan 
kestabilan politik dan juga memantau perkara-perkara berkaitan agama.

 
 “Ia tidaklah menjurus kepada isu-isu yang berkaitan dengan kebejatan masalah 
sosial khususnya di kalangan remaja,” katanya.

 
 Noriah sebelum itu menjawab soalan asal yang dibangkitkan Tan Sri Muhammad 
Muhammad Taib yang ingin tahu sejauh mana peranan yang dijalankan pegawai Jasa 
dalam menerangkan Misi Nasional Tancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). - mr


                
---------------------------------
 All New Yahoo! Mail – Tired of unwanted email come-ons? Let our SpamGuard 
protect you.

Kirim email ke