Perdana Menteri ditegur hadiri 'program keluarga' di Melbourne
Nyza Ayob
Thu | May 10, 07 | 12:05:42 PM KUALA LUMPUR,
10 Mei (Hrkh) - Dato' Kamarudin Jaafar (PAS-Tumpat) menyarankan supaya Lembaga
Hasil Dalam Negeri(LHDN) mempastikan pekerja-pekerjanya yang mempunyai hubungan
keluarga tidak diletakkan di tempat atau pejabat yang sama bagi mengelakkan
unsur-unsur pilih kasih.
Beliau mengemukakan saranan itu ketika membahaskan Rang Undang-undang
Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2007 di Dewan Rakyat semalam.
Katanya lagi saranan ini juga bagi mempastikan pegawai-pegawai berkenaan tidak
mengendalikan kes-kes hasil yang melibatkan keluarga disamping menjamin tidak
wujud ketidakadilan serta menyulitkan bagi pegawai yang jujur dan ikhlas dari
dituduh melakukan perkara yang menyalahi tatatertib LHDN.
"Kita bimbang kecenderungan tersebut memberi kelebihan kepada ahli keluarga.
Perdana Menteri juga baru-baru ini terbang ke Melbourne, Australia untuk
merasmikan Pameran Kebaya di Muzium Imigresen, Melbourne.
"Walaupun kita bersimpati atas ingatan Perdana Menteri terhadap arwah isterinya
yang meminati kebaya ini, tetapi apakah perlu untuk beliau pergi ke Melbourne
dalam satu majlis di sebuah muzium yang kecil, iaitu muzium imigresen? Dan yang
merasmikan majlis itu pula, bukannya Perdana Menteri Australia, John Howard,
tetapi hanya isterinya sahaja."
"Perkara ini yang amat kita bimbangi kerana walaupun kecenderungan dan
penghormatan kepada keluarga sudah tentu kita iktiraf, tetapi jangan
sekali-kali kita menjatuhkan maruah kita sebagai pemimpin negara," katanya
sambil mengharapkan pihak kerajaan lebih peka dengan isu-isu seperti ini.
Menjawab persoalan tersebut, Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Dato'
Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pihaknya akan mengambil perhatian di atas saranan
tersebut.
Bagaimanapun katanya, sehingga kini belum berlaku pegawai LHDN yang mempunyai
pertalian keluarga ditempatkan di pejabat serta jabatan yang sama.
Tambahnya lagi jika berlaku di kalangan ahli keluarga yang mempunyai
permasalahan berkaitan hasil, pegawai-pegawai ini tidak dibenarkan mengambil
bahagian. - mks.
---------------------------------
Yahoo! Answers - Got a question? Someone out there knows the answer. Tryit now.